12Feb

Green Packet Menjangkakan Keuntungan Pada Tahun 2011

Lain-lain

Mungkin semua sudah sedia kenali Green Packet, yang mana salah satu produknya merupakan Packet One Networks atau lebih dikenali sebagai P1 WiMAX. Kini, Green Packet menjangkakan yang mana mereka akan mula menjana keuntungan mulai tahun hadapan.

Walaupun mereka menjangkakan yang mana mereka akan menjana pendapatan positif sepanjang tahun ini, ianya dikatakan mereka masih akan menghadapi kerugian, dan menjangkakan tahun 2011 sebagai tahun yang membawakan keuntungan buat mereka.

Jumlah pendapatan Green Packet meningkat hampir tiga kali ganda sepanjang tahun lepas, iaitu sebanyak RM235 juta, berbanding tahun sebelumnya hanya RM87 juta.

Pada masa yang sama, Green Packet juga menyasarkan untuk menjadi penyedia solusi dan gajet WiMAX nombor satu dunia menjelang tahun 2012. Buat masa ini, mereka berada di kedudukan ketiga dunia, dibelakang Motorola dan juga Samsung.

Jikalau dilihat daripada jumlah pengguna WiMax pula, Packet One (P1) berada di kedudukan nombor dua, dengan sebanyak 140,000 orang pengguna. Penyedia WiMax nombor satu dunia merupakan Yota daripada Russia.


RM12k DiBelanjakan Untuk Membeli Komputer Parlimen
Super Swarm Pertama Di Malaysia Pada #Oct23rdTwtUp
Pemenang Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan Malaysia 2011 Diumumkan
P1 Bakal Mengumumkan Kerjasama Bersama China Mobile
Peranti Konsep Dan Teknologi Yang Dibawakan Filem Real Steel Diperlihatkan

11 Komen

  1. Frantz-Senpai pada 12 Feb 2010

    waahh… semakin membangun… kalau diorang x ader Fair Usage Policy (macam screamyx), memang dah lme aku subscribe

  2. Maya pada 12 Feb 2010

    Saya di Sabah masih kempunan nak merasa provider selain streamyx!

  3. Azah pada 12 Feb 2010

    ape tu Green Packet?
    huhu…

    • Maya pada 12 Feb 2010

      Green Packet Bhd, developer of mobile wireless networking technologies. Green Packet’s solutions helped P1 to usher WiMAX to the frontlines of Malaysia

  4. Kreuger pada 12 Feb 2010

    kayo pakcik… bile nak jadik mode P1 lagi eh? hehehe..

  5. Omar pada 12 Feb 2010

    @Maya pertengahan 2010 dulu ni ada la P1 W1MAX kat sabah n sarawak…ko tungu jer


    errr…bilalah P1 nak hapuskan FUP dia nih..

    • Maya pada 14 Feb 2010

      harap2 masuklah ke daerah Tawau.

  6. safar pada 12 Feb 2010

    kaya mereka ni.bila kawasan rumah nak ada p1 ni.

  7. Ramdzi pada 13 Feb 2010

    p1 wimax semakin di depan… hehe.. thumbs up! ^_^

  8. anasxz pada 13 Feb 2010

    salam.
    wah target sgt jauh dan tinggi.. tapi berjaya dah tu walaupun di tangga ketiga.
    kalau nk kata, private company lebih baik dari government company..

    skang masyarakat dah anggap private com better than gov.. gov pon rancakkan projek utk swastakan com under gov..

    mgkn jd lebih baik.. dan boleh jd jugak akan ada monopoli.. kerajaan xleh kwl lg pada masa tu. ceramah!!!

  9. titan pada 15 Feb 2010

    mak aii..kaya rupanya diorang nih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader