Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, Google giat membangunkan aplikasi Gears milik mereka yang membolehkan kita mengakses aplikasi web secara luar talian, dan Gears kemudiannya mula digunakan oleh banyak organisasi termasuk pada WordPress. Walaubagaimanapun, kini nampaknya sudah tiba titik noktah untuk Gears.
Setelah sekian lama tidak dikemaskini, kini Google memperkatakan yang mana kini mereka mula menyokong fungsi-fungsi Gears pada pelayar web Chrome dengan menggunakan HTML5 serta beberapa web standard yang giat dibangunkan pada masa kini. Walaubagaimanapun, para pengguna Gears masih boleh menggunakannya seperti biasa, namun sokongan terhadapnya telah pun di kurangkan. Pada masa yang sama, Chrome sudah pun mula mengintegrasikan beberapa API Gears padanya, termasuk fungsi geolokasi serta beberapa perkara yang lain.
Sebelum ini, Gears diintegrasikan pada aplikasi web tawaran Google, dengan membolehkan para pengguna mengaksesnya secara luar talian, selain turut diintegrasikan pada WordPress. Bagi pengguna WordPress, anda boleh menggunakan fungsi Gears ini melalui pautan Turbo pada Dashboard WordPress anda. Ianya masih tidak diketahui bagaimanakah WordPress akan beralih atau terus menggunakan Gears, ataupun membangunkan suatu perkara baru yang seumpama Gears kelak.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
saya 100% sokong GooGle ney..hehe
http://sengetsokmo.blogspot.com
HTML5, CSS3 dan jQuery seakan-akan bakal menggantikan beberapa content flash tak lama lagi.. kecuali flash game jela kot. dunia makin canggih kan!
flash pon akan jadi mender yg akan ditelan zaman..sbb dah byk mender baru..
Flash pada pandangan aku takkan menjadi benda yang akan ditelan zaman, sebab menggunakan flash, pelbagai aplikasi baru akan dibangunkan., tengok sahajalah pada ketika ini, kebanyakan aplikasi RIA masih memilih platform flash berbanding Silverlight dan Java..
google semakim meningkatkan mutunya…………..
memang betul2 gila google ni……………mantop pun ada…berusaha keras dgn saingannya…………
hari demi hari internet semakin mengikuti google tampaknya.
trens web 2.0 selalu bertumpu pada desain table-less dan asyncronus input sistem (diwakili JQuerry).
salam hangat dari tetangga. tetap semangat bagi ilmu
gila la google.. makin mengganas
semakin jauh dunia programming ni, semakin aku ditinggalkan. hehe
Mu memang hebat la google huhuhu =P