Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang sudah sedia maklum yang mana Office 2007 dipanggil sebagai Office 12, tetapi aplikasi pejabat tersebut yang terkini, iaitu Office 2010 dipanggil sebagai Office 14, sekaligus menimbulkan tanda tanya berkenaan kemanakah hilangnya Office 13.
Kini, melalui suatu rakaman pendek, ianya dikatakan yang mana, Microsoft, sebuah organisasi professional, turut mempercayai yang mana angka 13 akan membawakan sesuatu yang malang bagi mereka. Sebelum ini, ianya sedia diketahui yang mana angka 13 adalah suatu angka yang dianggap malang oleh warga barat, dimana mereka jarang menggunakan angka 13, malah ada beberapa bangunan yang tidak menyertakan tingkat 13 pada bangunan mereka, sebaliknya terus ke tingkat 14.

Namun begitu, ianya merupakan suatu yang amat mendukacitakan apabila sebuah syarikat gergasi turut sama mempercayai perkara ini dengan tidak menyertakannya pada pembangunan aplikasi mereka. Adakah, aplikasi seperti Yahoo! Messenger 13, Opera 13, Ubuntu 13 akan wujud atau pun tidak? Sama-sama kita nantikannya.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mereka memang mempercayai angka 13 ini membawa sesuatu impak yang besar….
Karut semata-mata…
Ader jer cerita yang guna 13. Ocean 13. Best je citer tu. takde pulak angka 13 membawa impak buruk..hehe
haha..biasa lah ni, dekat wikipedia dah tulis
si Bill Gates tu percaya benda ni..
pasal bangunan tu kat Malaysia pun ada, rumah jiran aku dipanggil 12, 12A, 14 malah tingkat pun sama tingkat 12, tingkat 12A, tingkat 14
dan sebab tu jugalah kenapa Microsoft terburu-buru melaksanakan apa jua perisian malah Windows 8 dan Office 2014..coz diorang (dari sumber internet) berkata, Microsoft mungkin tidak akan melancarkan apa-apa produk baru pada tahun 2013 kerana menganggap 20-13 sebagai tahun malang..emm..pernah diceritakan di Amanz.my kalau tak silap aku la..
alahai orang barat pun tidak boleh fikir jauh..hahaha
no xda kena mengena.apa la billgate ni.nak tergelak aku
tak sangka mereka masih percaya pada malangnya angka 13.
alamak,kne download plak .wmv nih..
hari jadi aku 13hb.. camne weh?
Apollo 13
kahwin tarikh 13 terus tak jadi.macam mana ni
microsoft.bulan depan jadi ye.
angka tu mungkin ada kaitan dengan
penyembahan syaitan.takut syaitanlah tu.
friday 13th
fuh …mujur no kery kegemaran 10…hik3
dlm islam x de lak sbut psal angka 3 ni… bahkan 3 dlm islam ni bende baik…. sunat wat 3 kali.. hu hu… jgn la kite yg silam ni trut sama percaya bende2 cam tu…