01Feb

Kerajaan Bantu IKS Melalui e-Bay

Web 2.0

Kerajaan Malaysia pada hari ini bekerjasama dengan syarikat e-dagang E-Bay dan transaksi pembayaran Paypal untuk membantu peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) mencari pasaran yang lebih luas terutama melalui e-dagang.

Perjanjian MoU dengan E-Bay

Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani oleh E-Bay, dan Kerajaan Malaysia melalui SME Corp iaitu sebuah syarikat yang mengawal dan menyelia IKS di Malaysia.

Melalui perjanjian tersebut, E-Bay bakal membantu peniaga IKS di Malaysia dalam mencari peluang perniagaan secara maya, kursus perniagaan serta seminar pengurusan e-dagang. Selain itu, syarikat IKS akan diberikan bantuan dan sokongan penuh serta pemotongan harga bagi setiap barang yang dijual di E-Bay.

Pemotongan harga tersebut termasuk akses percuma kepada 100 barang pertama untuk penyenaraian di E-Bay dan 25% diskaun terhadap 100 transaksi pembayaran pertama melalui PayPal. Kerajaan Malaysia amat berharap bahawa kerjasama dengan E-Bay bakal membuka peluang perniagaan Internet dengan lebih luas lagi di Malaysia.


Celcom Memperkenalkan Facebook Via SMS
Laman AVG Kini Dalam Bahasa Malaysia
Tema Kedua 12DesignsProject Diperlihatkan
Tiga Tiket Joomla! Day Untuk Diberikan Kepada Pembaca Bertuah Amanz
Aplikasi Friendster Untuk Peranti Mudah-Alih Bakal Menyusul?

14 Komen

  1. Wan perlis pada 01 Feb 2010

    gunakan teknologi sebaiknya :)

  2. sankai pada 01 Feb 2010

    pasni orang jual nasik lemak melalui ebay…

  3. junkies pada 01 Feb 2010

    aku sokong. bila lah paypal akan sapot untuk deposit direct dari bank di malaysia…. pengeluaran dah bolah…

  4. mancai pada 01 Feb 2010

    salam, wah berita best untuk aku ni… mintak izin nak copy berita ni…

  5. Omar pada 01 Feb 2010

    haha..copy-copy…dialu-alukan

  6. azwan pada 02 Feb 2010

    lepasni, makin ramai lah pulak penjual kat ebay.
    yang kecik lagi dari peniaga IKS ni kerajaan tak nak bantu ke?

  7. PakarBisnes pada 02 Feb 2010

    sesuatu yg bagus.. harap ianya berjaya.. dan harap ia tidak disalahguna mana2 pihak.. =)

  8. azrin pada 02 Feb 2010

    Nih pasal gamen dah kalah banyak dalam FOREX….

  9. mohdisa pada 02 Feb 2010

    wah, makin meluaslah ebay di malaysia nnt. abislah mudah…ko memang mudah dicerobohi!

  10. amin pada 02 Feb 2010

    Makin ramailah netpreneur di malaysia ni. InsyaAllah. moga2 industri perniagaan di negara kita makin maju.

  11. Sham Hardy pada 02 Feb 2010

    Malaysian gov plan to help IKS business on eBay? baru sekarang? what happen yearssss before? when eBay was a big hit? d’oh!

    P/S: believe me aku bukan ahli pembangkang ok.. just… share my opinion about this ‘slowpoke’ thing?

    • Omar pada 02 Feb 2010

      @Sham Hardy

      aku bukanya penyokong atau pembangkang, tapi aku rasa mungkin sekarang gov baru sedar kepentingan Internet..lagipun, satu masa dahulu..tahun-tahun lalu mana ada tech cam sekarang, dah belum wujud lag aku rasa pakej-pakej broadband mampu milik…

      ko tgk sajalah, sekarang malaysia dah ada HSBB, WIMAX, 3G, dan berbagai-bagai lagi..kau agak, kalau kerajaan buat dahulu, macam mana dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana, sebagai contoh, mampu ke orang niaga kain batik,baju kurung, yang keuntungan diorang aku rasa tak sampai RM 1000 untuk sewa tapak di E-Bay dan bayar yuran jalur lebar yang amat mahal satu masa dahulu…paling tidakpun, guna TMNET 1515, dan dah tentu tak berbaloi.

      Jadi, sebenarnya, aku akui, disebalik kelembapan tu, kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan kemudahan dalam ICT dari semasa ke semasa.

  12. Mujahidin pada 02 Feb 2010

    Lelong.com ape pulak citer? Tak terlibat sekali?

  13. Baloot pada 03 Feb 2010

    Nak dapatkan projek untuk buat laman web IKS dah tak boleh lagi la sekarang. Sebab sistem ebay lagi gempak daripada ecommerce punya sistem.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader