15Feb

Kerjasama Microsoft-Yahoo! Bakal Mendapat Perkenan EU?

Microsoft, Yahoo!

Setelah sekian lama ditangguhkan keputusan berkaitan dengan kerjasama antara Microsoft dan Yahoo, kini EU telah menetapkan tarikh 19 Februari 2010 sebagai tarkih akhir untuk menentukan keputusan berkaitan dengannya.

Sebelum ini, ianya ditangguhkan sehingga tiada sebarang tarikh pasti, apabila kedua-dua gergasi internet memberitahu hajat untuk bekerjasama dalam menggunakan enjin carian Bing pada laman Yahoo!. Melalui kerjasama tersebut, Microsoft dan Yahoo! mengikat perjanjian selama 10 tahun, dimana enjin carian pada Yahoo! akan dikendalikan oleh Microsoft, manakala Yahoo! bakal mendapat kuasa untuk menguruskan pengiklanan padanya.

Yahoo - Bing
Yahoo! Bakal Menggunakan Enjin Carian Bing?

Buat masa ini, Google memegang pasaran enjin carian sebanyak 65%, menjadikan Yahoo! dan Microsoft bekerjasama dalam memenangi hati pengguna untuk menggunakan enjin carian mereka. Walaupun ianya diketahui mereka akan bekerjasama, Yahoo! tetap pada masa yang sama membangunkan enjin carian mereka dari masa ke semasa.


Oxite - Enjin Blog Dari Microsoft
Google Memperkenalkan Quick Search Untuk Mac
Microsoft Mula Memburu Pengguna XP Cetak Rompak
Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial
Paparan Antaramuka Laman Sosial Dari Microsoft Research - Socl Diperlihatkan

4 Komen

  1. mohdisa pada 16 Feb 2010

    google is better. i like google only. :P

  2. Zairi Zaidi pada 16 Feb 2010

    Buat la apa saja, Google tetap di hati

  3. Wan Perlis pada 16 Feb 2010

    agak mustahil nak lawan google.haha
    cuil pun dah hilang arah.

  4. safar pada 17 Feb 2010

    Perubahan tu tetap yahoo lakukan.
    daripada tunggu microsoft dan
    kerajaan amerikak tu.

    tapi lama tu 10 tahun tu!!!!!!!!
    bukan 2 atau 3 tahun.


Tinggalkan Komen Anda