-
Keselamatan Siber Di Malaysia Masih Terkawal
CyberSecurity Malaysia telah pun mengumumkan yang mana serangan siber di Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal, kesan daripada usaha kerajaan yang mana sering memastikan keselamatan persekitaran elektronik dalam negara. Walaubagaimanapun, kes yang melibatkan serangan siber meningkat sebanyak 87%.
Peningkatan ini, sekaligus memperlihatkan kesedaran orang ramai dan para pengguna mengenai keselamatan siber. Tahun lepas sahaja, sebanyak 3,564 kes berkaitan keselamatan siber telah dilaporkan pada cyberSecurity Malaysia melalui Cyber 999. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam keadaan terkawal, hasil kerjasama CyberSecurity bersama beberapa badan, termasuk kerajaan negeri dan tempatan, selain sektor swasta.
Sebelum ini, pernah dilaporkan yang mana sebanyak 50.3 juta transaksi perbankan internet dilakukan dari Januari hingga Jun 2009, membabitkan 348.5 billion. Walaubagaimanapun, angka kerugian adalah hanya para kadar 0.0003 peratus, iaitu lebih kurang RM1 juta sahaja.
9 Komen
even percentage rugi tu sikit sgt, tapi nilai 1 juta tu banyak woo.. macam2 bleh wat dgn 1 juta.. huhu..
Alhamdulillah, malaysia masih terpelihara…
“lebih kurang RM1 juta sahaja.” ..hehe..
huhu… RM1 juta tu pon dah kira banyak tu…
rm1juta dibandingkan ngan transaksi rm384.5billion mmg adalah sangat sikit…. rm1juta utk online transaction adalah minima… biase r tuh…. cuma bg kite jer rm1juta adalah bnyak… rileks r bro….
sorry… rm348.5billion.. silap fakta plak….
emm 1 juta tu rasanya sikit sebab bukan semua pergi ke satu pihak. bersepah.
tapi kalau kumpul2 banyak gak ( ̄▼ ̄)
walaupun transaksi internet semakin meningkat. tetapi keselamatan tetap terjamin. bagus2
& pengguna juga semakin percaya dengan penggunaan internet untuk melakukan kerja harian.
masih terkawal ke, bagus2. ni yg aku nak dengar.