02Feb

Konsep Awal Tablet ChromeOS Di Perlihatkan

Google

Seperti yang dikatakan semalam, kini beberapa rekabentuk konsep awal untuk tablet yang menggunakan Google Chrome OS mula kelihatan pada halaman rasmi laman Chromium, selain video yang memperlihatkan konsep antaramuka tablet Google yang kelihatan amat menarik sekali.


Konsep Awal ChromeOS Pada Tablet

Melalui tablet yang menggunakan Chrome OS ini kelak, beberapa perkara yang mungkin diberikan perhatian adalah seperti interaksi papan kekunci melalui skrin, kebolehan Zoom untuk lebih daripada satu tab, tab diperlihatkan pada skrin, dan bakal menggunakan fungsi sentuhan sepenuhnya.

Melalui penerangan ringkas, ianya diperkatakan yang mana tablet yang bakal menggunakan Chrome OS itu akan bersaiz antara 5″ hingga 10″, dan ikon akan diperlihatkan diatas tab, memberikan lebih ruangan untuk para pengguna pada tablet. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan hanya satu konsep sahaja yang diperkenalkan buat masa ini, selain sedia diketahui yang mana Google sedang menguji Chrome OS pada pelbagai gajet.


Chrome OS Akan Di Gunakan Bersama Papan Kekunci
Flock 3.5 Menggunakan Chromium 7
Halang Laman Spesifik Dari Hasil Carian Google Dengan Mudah
Google Menamatkan Beberapa Produk Termasuk Google Pack Dan Desktop
Google News Malaysia Menerima Perubahan Rekabentuk Dan Fungsi Baru

4 Komen

  1. Taufik SM pada 02 Feb 2010

    hmmm.. aku x berapa reti pakai gajet touch screen ni…huhu…. x biase doh….. namun google nampaknya makin maju kedepan….. huhu

  2. finalcross pada 02 Feb 2010

    fuyooo…btol2 futuristik laaa….

  3. Dr House pada 03 Feb 2010

    Pesaing iPad le nie ye.

  4. MKAIZER pada 03 Feb 2010

    Bila ramai pesaing ni baru harga setiap produk mereka tu kompitetif sikit.


Tinggalkan Komen Anda