15Feb

Mac OS X 10.6.3 Bakal Di Lepaskan Hari Ini

Apple

Beberapa laporan kini memperlihatkan yang mana Apple bakal melepaskan Mac OS X 10.6.3 seawal hari ini kepada para pengguna. Para pengguna Mac OS X boleh mengemaskini sistem operasi mereka secara automatik melalui aplikasi yang disertakan padanya dengan mudah.

Sebelum ini, AppleInsider melaporkan yang mana pada Jumaat yang lalu, para pembangun sudah pun dijamukan dengan satu lagi versi pembangunan Mac OS X 10.6.3 yang mana membawakan perubahan yang amat sedikit berbanding versi pembangunan dua minggu yang lalu, iaitu hanya masalah sahaja yang ditemui, yang mana berkait dengan permasalahan melihat gambar melalui Front Row.

Selain daripada itu, sebelum ini, pada bulan Januari, ianya dikatakan yang mana Mac OS X 10.6.3 akan dilepaskan kepada para pengguna dalam tempoh tiga minggu lagi, dan ianya memberikan petunjuk yang mana Mac OS X 10.6.3 akan dilepaskan hari ini, atau selewat-lewatnya dalam masa minggu ini.


Microsoft Memperlihatkan Windows Phone 7 Series
Apple Memperlihatkan Mac OS X 10.7 Lion
Apple iCloud Menggunakan Microsoft Azure Dan Amazon AWS
Sony Pictures Dalam Perbincangan Akhir Untuk Mendapatkan Hak Filem Steve Jobs
Apple iPhone 4S 16GB RM2290, 32GB RM2590, 64GB RM2890

7 Komen

  1. OAP pada 15 Feb 2010

    Senang dgn mac….

  2. mrkaizer pada 15 Feb 2010

    Pernah guna mac dengan Hackintosh je.Bila la nak dapt guna mac sebenar

  3. Taufik SM pada 15 Feb 2010

    linux ngan Mac mana best?

  4. azraai pada 15 Feb 2010

    aku baru update minggu lepas. nak kena update lagi. tak best sungguh

  5. lazaac pada 15 Feb 2010

    @mrkaizer : kita serupa (Hackintosh)

    @Taufik : mesti la mac lagi best… hohoho…

  6. mohdisa pada 16 Feb 2010

    hoho, bilalah dapat pakai ni. ades

  7. aizuddinmanap.com pada 17 Feb 2010

    semestinya mac ag beh.stable.


Tinggalkan Komen Anda