-
Office 2010 Mencapai Fasa RC
Ianya diperkatakan sebelum ini, Office 2010 bakal dilepaskan seawal Mac 2010, walaupun ramai mengatakannya akan dilepaskan pada Jun kelak. Walaupun ianya masih tidak dapat dipastikan sepenuhnya, kini pembangunannya, menjejaki fasa seterusnya, iaitu fasa RC.
RC ataupun Release Candidate merupakan fasa sebelum RTM yang mana sebelum ini dijangkakan akan dilepaskan pada bulan Jun, sebelum kedengaran beberapa ura-ura mengatakannya akan dilepaskan seawal bulan Mac. Kini, pihak Microsoft sendiri telah memastikan yang mana Office 2010 telah pun mencapai fasa Release Candidate dan sedang diuji secara dalaman buat masa ini.
Office 2010 RC juga sudah mula kelihatan di beberapa laman torrent, membolehkan para pengguna yang ingin mencubanya memuat-turun dan mencubanya. Office 2010 RC hanya diperkenalkan untuk para pengguna TAP sahaja (Technology Adoption Program), dan masih tiada sebarang perancangan untuk para pengguna yang lain.
14 Komen
cun lah.
tapi masih ramai yg guna office 03.hehe..alasannya mereka dah biasa.
xnak cuba 07
masih ramai yg guna 2003? yee ke?????????????????? tapi klu betul la ada org tk cuba office 2007 – seterusnya lagi, bukan sbb diorg x biasa dgn bende baru,sbnrnya diorang malas nk bli/donlot ,so guna la MS O lama hehhe, atau memang dirang xkerti guna bende baru?????????(eh off topic lk , sorry)
semua pun patut bersedia untuk membeli Office 2010, reservekan duit..
pakai je open office ..free n interface pun mudah…mesra pengguna
futures yg ada dalm office 07/10 nanti pun dah ada….save budjed blh upgrade hardware
aku still lagi pakai office 07, malas nak mendownload 2010 ni. dah keluar nnt baru mahu cuba.
Office 2007 pun tak habes godek lagi. Ni kan pula Office 2010. Huhu. Aku guna Office (Microsoft Word) untuk buat Quotation n Invoice jek. Hee..
Heee… limitednya penggunaan awak.
Betul tu pakai Open Office jer.PERCUMA.Ini ditujukan pada organisasi.Bila open office nak buat interface mcm ni.ms office 2010 dah keluar.Pantas SUN MICROSYSTEM.
aku sama cam baloot tu..07 pun dh pening dh, kalau 10, xtau la cmne nnt
office 2010 sah la jun..http://twitter.com/office2010my
office ’03..org kerajaan masih pakai lagi..ni masuk dah 2010..aduhai!!!
aku pakai 2007 jer…senang mudah..setakat Word, Excel jer guner..lain ..podahcit!
Cap ayam ker Cap itek ker cap Aman bueh ker..sama jer….FREE!
aku cadangkan semua perlu beralih kepada Office 2010, lebih2 lagi yang selalu buat kerja, aku sendiri kebanyakkan guna Office Word, Excel, Powerpoint, Access, ngan Onenote 2010 rasa sistem office yang baru ni banyak memudahkan…especially Powerpoint ngan Access
office nk wat assgment jer…guna power point hebat2 pon, g cucuk kat fakulti, main yg 2003 gak.hampeh