12Feb

Office 2011 Untuk Mac Pada Hujung Tahun

Apple, Microsoft

Selain daripada Microsoft Office 2010 yang bakal dilepaskan pada bulan Jun kelak bagi para pengguna Windows, Microsoft juga pada masa yang sama sedang membangunkan Office 2011 untuk pada pengguna Mac, dan dijangka dilepaskan seawal hujung tahun ini.


Office 2011 Pada Mac OS X [via]

Sama seperti pada Windows, Office 2010 untuk Mac akan membawakan antaramuka ribbon, serta kebolehan untuk para pengguna bekerjasama antara satu sama lain, melalui sokongan aplikasi web. Para pengguna Windows dan Mac boleh bekerjasama melalui masa-nyata dengan mudah pada masa yang sama.

Selain daripada itu, Microsoft juga menjanjikan untuk memperkenalkan Outlook untuk Mac melalui Office 2011 ini, yang mana bakal membawakan segala fungsi Outlook, termasuk sokongan mengimport fail *pst, dan lain-lain lagi.


Adakah iPhone 5 Akan Menyerupai iPod Touch?
Windows Phone 7.5 Akan Dipra-lihatkan Pada 24 Mei
iOS 5 Diintegrasikan Bersama-Sama Dengan Twitter
Apple iOS 5 Beta 5 Dilepaskan Kepada Para Pembangun
Kemaskini iPad 2 Pada Mac 2012, iPad 3 Pada Suku-Ketiga Tahun 2012?

7 Komen

  1. Omar pada 12 Feb 2010

    kenapalah diorang x nak lancarkan sekali kan…sama cam office 2007 dulu..tetiba office 2008 untuk mac pulak

  2. anak malaysia pada 12 Feb 2010

    biasalah tu..tu semua bisnes maaa…

  3. Taufik SM pada 13 Feb 2010

    mic office 2007 pun aku x khatam lagi..adeyyh…

  4. mohdisa pada 13 Feb 2010

    laju la plak mic ni. pelik

    • Maya pada 14 Feb 2010

      pelik apa plak… oklah tu

  5. mipow3r pada 14 Feb 2010

    wooo mac dah 2011 nyer…

  6. lazaac pada 15 Feb 2010

    pengguna mac mcm aku confirm la menantikan wkt utk menyedut brg baik… hahaha.. sampai bila la nak bergantung pada software pirate aku ni… huhuk..


Tinggalkan Komen Anda