09Feb

Opera 10.50 Menghampiri Fasa Beta Untuk Windows

Perisian

Selepas memperkenalkan Opera 10.50 Alpha sebelum ini, kini pembangunan Opera 10.50 Beta sedang giat dijalankan. Ianya diura-urakan yang mana Opera 10.50 Beta akan menemui para pengguna pada penghujung minggu ini atau selewatnya pada minggu depan.

Opera 10.50 Windows
Antaramuka Opera 10.50

Walaubagaimanapun, bagi para pengguna Windows, anda boleh mencuba versi pembangunan Opera 10.50 Beta atau yang mana lebih dikenali sebagai pra-Beta, yang mana membawakan kemaskini kepada pelayar web Opera yang dinanti ramai ini. Melalui pra-Beta ini, beberapa pepijat telah diperbaiki, selain enjin Carakan yang mana kini memperlihatkan angka 100/100 pada ujian Acid3.

Melalui Opera 10.50 pra-Beta Build 3234, Opera kini menggunakan Plug-in Java, dan kini ianya sedia dicuba dan diuji oleh para pengguna Windows. Opera Software telah mengatakan yang mana, mereka memberi perhatian maksimum kepada pembangunan Opera 10.50 untuk para pengguna Windows terlebih dahulu, dan akan turut membangunkannya kepada Mac OS X dan Linux setelah Opera 10.50 dilepaskan kepada para pengguna Windows.


IE8 RTM Di Jangka Akan Di Lepaskan Pada Mac 09
Opera Untuk Tablet Bakal Di Perkenalkan
Mozilla Melancarkan Open Web Apps
Amazon Melancarkan AppStore Secara Rasminya
Firefox 7 Akan Menggunakan Memori Kurang Sehingga 50% Berbanding Versi Sebelumnya

4 Komen

  1. Fazreen pada 09 Feb 2010

    aku guna opera dlm phn je

  2. Phobia pada 10 Feb 2010

    Uih..laju dh kuar 10.50 beta..aku sukakn speed menu dia..haha mantap

  3. mohdisa pada 10 Feb 2010

    masalahnya lappy aku slow la plak pakai opera ni. paling tak best opera turbo dia. terus ganggu applikasi lain. jadi slow. huh

  4. Anarm pada 11 Feb 2010

    aku suke Opera.. firefox aku pn pkai theme Opera.. google chrome pn dh ditukar jadi rupa Opera.. keh3


Tinggalkan Komen Anda