Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, Opera sedang membangunkan sebuah pelayar web yang menarik sekali untuk para pengguna, iaitu Opera 10.5. Selepas versi beta pertama tempoh hari, kini Opera 10.50 Beta 2 sudah pun sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna.

Antaramuka Pelayar Web Opera 10.50 Beta
Opera 10.50 Beta 2 ini menyelesaikan pelbagai masalah yang telah pun dikenal pasti pada versi terdahulu, selain membawakan beberapa kemaskini pada antaramuka dan rekabentuk pelayar web tersebut. Kestabilan pelayar web tersebut juga dipertingkatkan dan amat jarang sekali ianya memperlihatkan sebarang masalah jikalau dibandingkan dengan versi sebelumnya.
Opera 10.50 Beta 2 buat masa ini hanya sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna Windows sahaja, dimana pengguna Linux dan Mac OS X terpaksa tunggu dahulu, dimana ianya dikatakan, pengguna Linux dan Mac OS X hanya boleh menikmati enjin Carakan selepas versi Windows mencapai tahap stabil.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
menarik sekali opera ini…
bakal menandingi pelayar web yang lain.
Opera pun xmau ketinggalan nampaknya….
Dh try dh beta 2..transparent bolder pada win7.. Smart gak opera ni..
xberapa berkenan dengan opera setelah seharian mengguna. hidup musang berapi!!!
opera lebih laju drpd chrome
gue peminat opera. gimme me 5 beybeh!
Opera mobile v10 beta 3 pun dh try…tpi xsuport flash player cm skyfire..
Klu x leh goyang skyfire?haha go go opera …
nampak ada kelainan sedikit daripada versi 10.10.makin
hebat opera lepas ni.