17Feb

Outlook 2010 Ingin Menjadi Hab Komunikasi dan Sosial

Microsoft, Perisian

Selain daripada Yahoo! yang ingin menjadi hub laman sosial, Microsoft juga ingin berbuat perkara sama melalui aplikasi Outlook 2010, dimana melalui aplikasi desktop tersebut, Microsoft ingin menjadikannya perantaraan antara laman sosial seperti LinkedIN, Facebook dan juga MySpace.

Untuk menjadikannya suatu kenyataan, Microsoft telah pun mengumumkan kerjasama bersama LinkedIn, Facebook, dan juga MySpace, membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini laman tersebut melalui aplikasi desktop Outlook 2010. Outlook 2010 kelak ingin menjadi hab komunikasi dan perhubungan, membolehkan anda membuat lebih daripada hanya menerima dan menghantar emel sahaja.

Outlook 2010 akan disertakan sekali bersama-sama dengan Office 2010, yang mana ianya dijangka akan dilepaskan kepada umum pada bulan Jun kelak. Melaluinya kelak, para pengguna dapat melihat aktiviti rakan-rakan mereka, termasuk gambar dan kemaskini status. Untuk mengaktifkannya, para pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun Office 2010 dan juga seterusnya Outlook Social Connector.


Prism Membawakan Aplikasi Web Ke Desktop
Pembangunan Silverlight 4 Sudah Di Mulakan?
Mozilla Akan Menyokong 64-Bit Melalui Firefox 5.0
Firefox 4.2 Pra-Alpha Kini Di Pelayan Mozilla
Aplikasi Android Golden Screen Cinemas Diperkenalkan

7 Komen

  1. aku pada 18 Feb 2010

    yakin selamat ke outlook ni….? ikut nostalgia aku… aku dah tak percaya outlook… hahaha… (jgn tiru aku), tapi kalau dah mantap bagus gak idea tu…

  2. Omar pada 18 Feb 2010

    oh tidak!!! MS Outlook aku terus error lepas install..

  3. mr.eims @ perfume pada 18 Feb 2010

    hurm..idea yg ok juga.. :)

    tapi… firasat aku…
    makin berat la applikasi outlook ni nanti..huhu..
    yg sekarang ni pun aku rasa dah berat.. :p hurm..maybe database aku je yg tersumbat kot..

  4. sankai pada 18 Feb 2010

    setakat ni, aku lagi suka outlook dari mana-mana email client….masalah berat tu, tengok spek pc/laptop jgk….

    neway, tidak sabar tunggu outlook 2010.

  5. Omar pada 18 Feb 2010

    Anda dinasihatkan tidak memuat turun dan memasang kedalam sut OFFICE 2010 anda. Selepas pemasangan dan uninstallation, Microsoft Office Outlook 2010 anda tidak dapat dibuka (run) sehingga anda melaksanakan system restore.

  6. mr.eims @ perfume pada 19 Feb 2010

    tambahan lagi… siries lar.. macam terlalu banyak hub social dah.
    tak menyempat2 nak layan semua. atau asyik bertukar2.

  7. mohdisa pada 19 Feb 2010

    aku pakai gak outlook ni…nampak lebih kemas. ni kira makin mantap la. hehe


Tinggalkan Komen Anda