03Feb

P1 Memperkenalkan Perkhidmatan VoIP

Lain-lain

P1 Wimax, penyedia perkhidmatan Internet berasaskan Wimax di Malaysia mula memberikan akses kepada sistem perkhidmatan suara berasaskan IP (VOIP) kepada semua pelanggan mereka.
Perkhidmatan suara yang terdiri dari 4 pakej berasingan tersebut membolehkan semua pelanggan mereka menggunakan jalur lebar P1 Wimax untuk berhubung dengan telefon. Pakej tersebut turut disertakan dengan nombor talian tetap P1. Pelanggan perkhidmatan P1 Wimax yang berminat boleh melanggan perkhidmatan ini melalui ruangan Self-Care P1 dan memastikan mereka menggunakan modem P1 DV-230 yang dilengkapi dengan port RJ-11 dan sekiranya mereka bukan pelanggan sedia ada P1 boleh melanggan melalui laman web P1.

voice-plan

Sistem perkhidmatan suara P1 Wimax juga boleh digunakan untuk melaksanakan panggilan IDD mengikut kadar yang berbeza bagi setiap negara.

IDD-Chart

Maklumat lanjut mengenai P1 Voice boleh diketahui dengan menghubungi P1 di talian 1300-800-888 atau melayari laman web P1 Voice


Upin dan Ipin : Angkasa Pada 2011
P1 Mengumumkan Kerjasama Bersama Dengan Pihak SBC
Jemputan Khas Pembaca Amanz Ke Acara WHOlah Hari Ini
P1 Menandatangani Perjanjian Bersama TM - Bakal Menawarkan Perkhidmatan HSBB
(Video) Dokumentari Dalam Bentuk Animasi Berkenaan Sejarah Internet

6 Komen

  1. Wan Perlis pada 03 Feb 2010

    semakin maju packet one…cun lah :)
    pernah sekali je guna voip ni.best gak

  2. Melz pada 03 Feb 2010

    hoho aku masih bersama Streamyx walaupun kadang2 rasa cam nak screamyx

  3. Kreuger pada 03 Feb 2010

    ada kemungkinan tak bila modem blinking… tadek talian VoIP?
    kan modem P1 ni kene pusing-pusing skit kalau nak dapatkan
    signal yang bagus… kalau macam tuh mungkin satu masa
    urgent tetibe line tak bleh nak call. kebetulan masa kecemasan.
    uhhh… bahaye nih kalau terlampau bergantung macam tu

  4. azrin pada 04 Feb 2010

    Setakat VOIP…tak usah lah….banyak benda dah free…

  5. mohdisa pada 04 Feb 2010

    hoho…semakin mengganaz.

  6. castello pada 02 Jul 2011

    sakit hati bila call customer service P1…
    self care dia sampai 5 jam still x ber reply….!!!!!!!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader