26Feb

Pelayaran Lebih Pantas Pada Mac Dengan Opera 10.50

Apple, Perisian

Selepas pembangunan Opera 10.50 mencapai versi beta kedua untuk sistem operasi Windows, versi Mac pula telah mencapai versi beta pertama, dengan masih tiada sebarang berita berkenaan dengan Opera 10.50 untuk pengguna Linux. Opera 10.50 Beta untuk Mac turut membawakan kepantasan yang amat mengejutkan sama seperti pada versi Windows.

Seperti sedia maklum, Opera 10.50 menggunakan enjin Carakan, yang mana merupakan enjin JavaScript yang membawakan kepantasan pelayaran yang lebih laju berbanding sebelumnya. Untuk versi Mac ini, menariknya, ianya membawakan beberapa perkara tambahan, termasuk sokongan untuk Growl, dan juga menggunakan Cocoa.

Walaubagaimanapun, ianya masih terdapat beberapa perkara dan masalah yang telah dikenal pasti, dan masih sedang diuji lagi sebelum ianya dibawakan ke peringkat pembangunan yang lebih tinggi. Buat masa ini, Opera 10.50 Beta dikatakan sebagai pelayar web yang paling terpantas sekali didunia, meninggalkan pelayar-pelayar web yang lain.


Penggunaan Internet Explorer Terus Merosot
iOS 4.3 Bakal Dilancarkan Pada 11 Mac
PDF.js Untuk Firefox Sedia Untuk Diuji
iPhone 5 Kelak Akan Membawakan Skrin Lebih Kecil Daripada 4-inci
#Tips : Ketahui Adakah Peranti Android Anda Mempunyai Aplikasi Carrier IQ Ataupun Tidak

9 Komen

  1. hasbullah pada 26 Feb 2010

    good job opera

  2. nizam pada 27 Feb 2010

    1 st komen hehe~~ betul ke ni~~” paling terpantas sekali” curiousss

  3. topo pada 27 Feb 2010

    opera macam kurang menarik minat aku je.. tapi betul ke pelayar terpantas sekali? hehehe nak kena cuba ni..

  4. cps.style90 pada 27 Feb 2010

    urm…. stakat nih aku gune, yup… mmg terpantas sekali…. between opera, firefox 3.6 and chrome, opera is the FASTEST EVER…. mmg sngat2 puas hati

  5. Omar pada 27 Feb 2010

    opera..the fastest web browser on earth..

  6. cikgu lapar pada 27 Feb 2010

    memang laju. tapi dah biasa sangat dengan mozila nih..

  7. safar pada 27 Feb 2010

    laju sampai tak terkejar saya ni.

  8. mohdisa pada 01 Mar 2010

    opera tidak dapat menarik minat aku, sebab menggunakan space memori aku yg banyak. tertutama bila dia auto on opera turbo.

  9. Qubezo pada 01 Mar 2010

    Opera lembab la. Dia jenis load images satu persatu. Unlike Firefox dengan Chrome yang akan load semua images serentak.


Tinggalkan Komen Anda