06Feb

Pemilik Nuffnang Melancarkan Nom Nom Media

Web 2.0

Timothy Tiah dan juga Cheo Ming, iaitu pemilik Nuffnang telah pun melancarkan Nom Nom Media, yang mana merupakan pusat sehenti untuk segala perkara dan aspek yang mana berkaitan dengan pemasaran digital, selain menyediakan konsultansi berkaitan penggunaan laman sosial untuk pemasaran.

Sebelum ini, segala operasi berkaitan dengan Nuffnang, ChurpChurp, Ripplewerkz dan lain-lain dikendalikan dibawah penjenamaan NetCentric, dimana ianya mengendalikan operasi di Malaysia, Singapura, Filipina, dan juga Australia. Tetapi, segalanya di dunia digital berubah dengan pantas, dan para pengiklan dan pembangun web sentiasa mencari sesuatu yang serba baru dan sekaligus memudahkan mereka.

Kini, dengan pengenalan Nom Nom Media di Malaysia dan Singapura, ianya memudahkan para pengiklan dan pembangun web memasarkan produk mereka di dunia digital dengan mudah. Idea ini muncul oleh kerana permintaan para pengiklan yang mana sering mencari kemudahan untuk mengiklankan produk mereka pada Twitter, blog dan laman-laman sosial dengan mudah.

Dengan adanya Nom Nom Media, ianya bakal memudahkan untuk mendapatkan penjenamaan dan kempen sosial yang efektif dan dinamik dengan mudah dan murah. Selain pada masa yang sama, pihak mereka juga bakal memperkenalkan beberapa perkara baru pada laman Nuffnang tidak lama lagi.


Segala Pertanyaan Mengenai MY1OS Terjawab
WordPress 3.2 Beta 1 Membawakan Fungsi Dan Tema Baru
Facebook Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Muzik Bersama-sama Spotify
MyEmail Masih Memerlukan Biometrik - Laman Tidak Siap Sepenuhnya
Aplikasi 500px Untuk iPad Kini Menyokong Paparan Retina

14 Komen

  1. blowie pada 06 Feb 2010

    duit duit duit… :D

  2. topo pada 06 Feb 2010

    pergh.. dasat2..

  3. arnamee pada 06 Feb 2010

    Salam.

    pergh~
    best2…

  4. Roslan Nazri pada 06 Feb 2010

    tetap tak phm..hahaha

    • Mus pada 06 Feb 2010

      aku pon sama!!

  5. HURULAINI pada 06 Feb 2010

    cemner benda ni berfungsi????***x faham gak…hehe***

  6. aktechpage.com pada 06 Feb 2010

    peluang untuk buat duit bg pengiklan dan pembeli iklan :)

  7. Ramdzi pada 06 Feb 2010

    ada benda baru lagi.. yang churp churp tu pun aku xfaham cne nk guna.. huhu…

  8. mesticun pada 06 Feb 2010

    nak….nak…….nakkkk
    duit banyak lepas ni.

  9. mohdisa pada 06 Feb 2010

    yeh2…semoga makin byk iklan di blog aku…duit2…hehe

  10. azrin pada 08 Feb 2010

    This is a company that does not understand what the heck is wrong with them… pala dah besar sangat… dan publisher base terlalu besar…they forget the fundamentals.

    It will go like Advertlets….

  11. kaizendeen pada 27 Nov 2010

    Diorang ni memang otak bisnes la..

  12. azam pada 07 Jun 2011

    pergh…….nak kena belajar nih


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader