19Feb

Pengurus Sampah Untuk WordPress

Uncategorized

Pertama sekali, sudah lama saya tidak menulis artikel-artikel di sini kerana sibuk dengan pelbagai kerja yang lain dan hari ini saya akan berkongsi tips dengan anda semua berkaitan dengan WordPress versi yang terbaru.

Seperti yang sedia maklum oleh semua orang, versi WordPress yang baru kini membawa fungsi ‘Trash’ yang bertindak sebagai tong sampah. Kadang kala, tong sampah ini menjadi satu keperluan kepada manusia yang mengguna pakai platform WordPress sekiranya mereka terpadam post atau komen yang penting dan bernilai tinggi.

Namun, kadang kala menjadi masalah kerana untuk memastikan post atau komen yang dipadam tersebut terus hilang dari pandangan, pengguna WordPress ini perlu melakukan pemadaman dua kali yang sia-sia dan membazirkan masa kecuali jika anda memiliki satu plugin yang diberi nama “Trash Manager”.

Jika anda memasang plugin ini pada WordPress anda, denga mudah dan senang anda dapat memadam post atau komen yang tidak diperlukan secara kekal. Dapatkan plugin ini sekarang dan pasangkannya pada WordPress anda.

Nukilan Frantz.


WordPress 2.8 Bakal DiLepaskan Pada 10 Jun
WordPress Kini Di Kemaskini Ke Versi 2.9.1
Blogger Memperkenalkan Cara Perspektif Baru Membaca Blog
Optimasikan Blog Anda Untuk Peranti Mudah-Alih Dengan Mudah Hari Ini
WordPress Kekal Sebagai CMS Popular - Concrete5 Memperlihatkan Peningkatan Drastik

13 Komen

  1. topo pada 20 Feb 2010

    sibuk kerja lain konon.. padahal dok layan anime je.. hohoho fungsi tong sampah itu memang sangat menarik

    • Frantz-Senpai pada 20 Feb 2010

      aduss.. camne leyh tahu nie.. byk homework nk buat.. add-math x siap2 lagi nie.. sje curi mse nak post.. haha

      yup. tong sampah tuh memang diperlukan

  2. naz pada 20 Feb 2010

    wohoho, agak funny bunyinya apabila di translate ke bahasa melayu. tp mmg pengurus sampah ni mmg kna pakai :D

  3. TMUkmkd pada 20 Feb 2010

    disebabkan aku tak de pun banyak komen so aku install tapi tak active :D

  4. Zairul pada 20 Feb 2010

    Plugin yang menarik. Tapi aku takut nak install sebab takut terpadam jugak macam dulu2. So, konsep aku biar lambat asal selamat :p

  5. Anarm pada 20 Feb 2010

    dh donlod dh

  6. Taufik SM pada 20 Feb 2010

    web aku kena banyak betul spam….tapi aku suka dispam…. maknenye ade gak yg “sayang” kat aku… :)

  7. Sapitt pada 20 Feb 2010

    nice one.. thanks

  8. mohdisa pada 20 Feb 2010

    hoho…bagus2…:)

  9. syin pada 22 Feb 2010

    aikk………..aku rasa yg aku tak install pun lagi plugin ni….tapi mcm dah ada dah je….
    ke automatik update….? heheehehe…

    sampah pun sampah lahhh…….

  10. safar pada 23 Feb 2010

    orang yang selalu sibuk.memang tiada masa nak
    padam komen SPAM.main facebook boleh pula.hehehe…

  11. Nine pada 23 Feb 2010

    tq for the tips amanz…baru tahu fungsi nyer..:)


Tinggalkan Komen Anda