24Feb

Twitter Bakal Memperkenalkan Platform Pengiklanan

Web 2.0

Twitter sering dikaitkan dengan kegagalan untuk membuat duit melalui platform mereka. Sebelum ini, mereka telah menjana beberapa juta melalui kerjasama bersama enjin carian, dan kini dikatakan bahawa mereka bakal melancarkan platform pengiklanan mereka tidak lama lagi.

Hari ini, melalui laman Media Post, ianya dikatakan yang mana Twitter sedang membangunkan platform pengiklanan mereka tersendiri yang mana bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Kini mereka sedang menguji platform mereka yang mana masih dalam fasa ujian dan pembangunan. Melalui platform tersebut, mereka berharap dapat memperlihatkan iklan yang mana tidak kelihatan seperti sebuah iklan.

Twitter merupakan antara laman sosial yang sering digunakan oleh para pengguna, selain daripada Facebook. Kini, ianya dikatakan yang mana, Twitter menerima hampir 600 kemaskini status setiap saat, menjadikannya lebih 50 juta tweet sehari.

Sebelum ini, beberapa syarikat antarabangsa, serta juga tempatan (Churp Churp) mengambil kelebihan platform Twitter untuk membolehkan para pengiklan mengiklankan produk mereka di Twitter dengan mudah. Namun, dengan pelancaran platform pengiklanan Twitter tersendiri, ianya mungkin akan memberi sedikit cabaran bagi mereka.


Muxlim Pal - Dunia Maya Bercirikan Islam
JomSocial : Aplikasi Joomla Terbaik 2009 di CMSA
Facebook Bakal Memperkenalkan Emel Tersendiri?
Maybank2U Memperkenalkan Lapisan Sekuriti Yang Baru
Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun

7 Komen

  1. Anarm pada 24 Feb 2010

    wow! twitter sedang maju ke hadapan..

  2. mrkaizer pada 24 Feb 2010

    Ini yang aku tunggu2 ni.

  3. syin pada 24 Feb 2010

    hohoho….pastu kita kena klik gak la iklan tu…?

  4. ramzy0 pada 24 Feb 2010

    fuh, terbaik kalu pengiklanan itu dth dari twitter terus. churp churp, min rm500 ~_~

  5. Wan Perlis pada 24 Feb 2010

    aik betul ka sblm ni twitter dikaitkan dgn kegagalan mbuat $

  6. safar pada 25 Feb 2010

    yeah….. twitter dah menang.

  7. mohdisa pada 25 Feb 2010

    ingat nak duk takat tu je twitter ni…bagus2…i support twitter always.


Tinggalkan Komen Anda