19Feb

Undi Konsep Rekabentuk Firefox 4.0 Kegemaran Anda

Perisian, Sumber Terbuka

Seperti yang diketahui sebelum ini, Mozilla telah pun melancarkan pertandingan untuk mereka-bentuk halaman tab utama untuk Firefox 4.0, dan kini, ianya sudah pun mencapai tarikh tutup, dan para pengguna diberi pilihan untuk membuat undian untuk memilih rekabentuk dan konsep yang mereka berkenan.

Daripada pertandingan yang diadakan oleh Mozilla itu, ianya mendapat sebanyak 47 penyertaan. Oleh kerana Mozilla lebih bersifat kepada komuniti, kini para pengguna Mozilla diberi peluang untuk melakukan undian untuk memilih konsep rekabentuk yang mereka berkenan yang mana akan diimplementasikan pada Firefox 4.0 kelak.

Firefox 4.0 kelak dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, yang mana bakal membawakan pelbagai fungsi baru, beserta dengan antaramuka baru. Paling terkini, pihak Mozilla telah pun mengeluarkan Firefox 3.6 versi stabil, selain versi pembangunan Firefox 3.7 yang mana menguji enjin Gecko terkini mereka.


Mozilla Thunderbird 3 Di Lepaskan
Antaramuka Khas Win 7 Pada Tablet Dari UI Centric
Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google
Disco - Aplikasi Mesej Berkumpulan Daripada Google
Aplikasi Yes Life Untuk Android Dibuka Untuk Ujian Beta Tertutup

6 Komen

  1. Omar pada 19 Feb 2010

    adalah amat diharapkan agar firefox 4 mengintegrasi kebolehupayaan Windows Peek yang terdapat pada Windows 7 untuk semua tab dalam pelayar Mozilla firefox terbaru tu.

  2. mohdisa pada 19 Feb 2010

    semua design memang nampak menarik, tp jgn smpi berat makan space memori byk sgt sudah.

  3. Wan Perlis pada 19 Feb 2010

    gecko??
    penantian suatu penyiksaan..ff 4 penghujung tahun

  4. Sapitt pada 20 Feb 2010

    semoga ia ringan seperti chrome tapi prestasi firefox.. hehe

  5. safar pada 20 Feb 2010

    Biar fungsi tab lebih bagus.cuba lihat opera tab.
    jika buka lebih dari 2 tiada masalah pun.

  6. anak malaysia pada 29 Mar 2010

    harap2…lbh advance la dr yg dulu/lama..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader