24Feb

WiMax Dari YTL Pada Bulan Julai 2010

Web 2.0

WiMax kini mula mendapat perhatian para pengguna sedunia, dimana di Malaysia, antara yang popular adalah P1 WiMax dan juga AMax WiMax. Kini, YTL-e bakal memperkenalkan servis mereka pada bulan Julai 2010 kelak, dan dijangka akan disokong di beberapa kawasan utama mulai Disember 2010.

Untuk menjayakannya, kini, YTL Communications Sdn Bhd telah pun mengumumkan pembelian satu juta untuk cip WiMax daripada pihak GCT Semiconductor. Ini merupakan salah satu langkah awal mereka dalam menyertai dunia WiMax tempatan.

Sebelum ini, YTL telah dikenakan denda oleh pihak SKMM disebabkan kegagalan untuk memperkenalkan servis mereka pada tahun lepas. Namun begitu, sejurus selepas itu, YTL-e telah pun membincangkan untuk memperkenalkan inovasi 4G, yang mana akan diperkenalkan pada bulan Julai 2010 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


Twitter Turut Mengeluarkan Laporan Tahunan Mereka
GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?
DrBook2U.com Bakal Dilancarkan Pada 2 Februari
WuuHuu Online Dilancarkan
Bata Membawa Kedai Kasut Ke Dunia Atas Talian

3 Komen

  1. Maya pada 25 Feb 2010

    YTL dah amik pengajaran dari kesilapan lalunya… semoga YTL boleh memperkembangkan servis ini dengan baik dan menyeluruh.

  2. mohdisa pada 25 Feb 2010

    what mean YTL?

  3. Adam pada 28 Feb 2010

    YTL Comm ni anak syarikat YTL Groups yang ada syarikat simen tu kah? Haha. Info lanjut please.


Tinggalkan Komen Anda