24Feb

Yahoo! dan Twitter Mula Bekerjasama

Yahoo!

Twitter dan Yahoo! hari ini mengumumkan kerjasama dari segi perkongsian kandungan, yang mana membolehkan para pengguna mengakses informasi berkaitan Twitter dari laman Yahoo!. Sebelum ini, Yahoo! juga telah membuat perjanjian bersama Facebook untuk perkara yang lebih kurang serupa.

Melalui kerjasama ini, ianya bakal membolehkan para pengguna mengakses feed Twitter secara terus daripada laman Yahoo!, dimana melaluinya anda boleh menyemak tweet terkini tanpa perlu ke laman Twitter. Selain daripada itu, anda juga kelak boleh mengemaskini status anda secara terus daripada laman Yahoo! dengan mudah. Kerjasama ini juga sekaligus membolehkan carian dan media Yahoo! diintegrasikan bersama-sama dengan Twitter, sekaligus memperlihatkan kandungan berkaitan pada Twitter di laman Yahoo!.

Proses pengintegrasian kandungan Twitter pada Yahoo! telah pun bermula, dan ianya dijangka akan dapat dilihat seawal malam ini ataupun esok, selain diperkembangkan secara berperingkat sepanjang tahun ini,


Penggunaan Twitter dan PilihanRaya Kuala Terengganu
Nizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter
Pencarian Harta Karun Bersama Yahoo! Youreka!
TIME dotCom dan Astro Membawakan Perkhidmatan IPTV
Twitter Memperlihatkan Profil Pengguna Dalam Bentuk Baru

3 Komen

  1. phOBia pada 25 Feb 2010

    Wow mcm best je ni?bgus2 myenang kan penguna2 email dn laman sosial

  2. mohdisa pada 25 Feb 2010

    yahoo! mantaplah…teruskan usaha anda…

  3. aktechpage.com pada 26 Feb 2010

    Kuat betul Yahoo membuat kerjasama ni, lepas kerjasama dgn Facebook, kerjasama dgn Microsoft Bing plak, lepas tu dgn Twitter plak…

    Nampaknya Google je yang bergerak secara solo…


Tinggalkan Komen Anda