24Feb

YouTube Tidak Lagi Menyokong IE6 Mulai 13 Mac

Google

Ianya sedia diketahui yang mana ramai pembangun web tidak begitu menyukai Internet Explorer 6, dan mengalakkan para pengguna beralih kepada pelayar web yang lebih terkini. Kini, YouTube mengambil langkah drastik dengan mengumumkan tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 6 mulai 13 Mac 2010.

Selain daripada YouTube, Google juga tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 6 pada Google Docs mulai 1 Mac 2010 ini. Buat masa ini, sekiranya anda melayari laman YouTube menggunakan Internet Explorer 6, anda akan diperlihatkan dengan mesej meminta anda menukar kepada pelayar web yang lebih terkini, dan tentunya, Google Chrome menjadi pilihan utama yang diperlihatkan Google, diikuti pelayar web yang lain.

Mungkin, mulai bulan Mac kelak, kita sudah boleh lihat penggunaan Internet Explorer 6 berkurangan secara drastik di arena internet ini.


Tiada Lagi Pembangunan Pada Google Notebook
Carian Profail Kini Lebih Mudah Dengan Google
IE9 RC Telah Dimuat-Turun Lebih 2 Juta Kali
Google I/O Ditunda - Menjadi Tiga Hari - Lebih Banyak Produk Google Akan Diperkenalkan?
Chrome Kini Pelayar Web Kedua Popular Di Dunia, Nombor Satu Di Malaysia

12 Komen

  1. beliamuda pada 24 Feb 2010

    antara cara terbaik nak phasing out browser lama.

  2. zaki pada 24 Feb 2010

    IE6 mmg patut dh lupus lama, tapi bnyak apps especially old enterprise app tak compatible dgn IE8

  3. Frantz-Senpai pada 24 Feb 2010

    IE sucks..

    • sankai pada 24 Feb 2010

      no. IE don’t suck.
      in fact, tanpa IE, most of you tidak tahu apa itu internet…
      hehehhe….

      Cuma IE6 sangat outdated dan tiba masa utk meninggalkannya. Microsoft sendiri sudah stop update IE6. Lagipun sekarang sudah ada IE8. Walaupun banyak benda masih tidak compatible, tapi update sentiasa ada utk fix benda-benda tu semua..

      hehehe….

      • Omar pada 24 Feb 2010

        yup..aku sokong kau, IE don’t suck.

      • Ayam pada 24 Feb 2010

        IE nyonyot

  4. muhdzahari pada 24 Feb 2010

    err..semalam baru aku upgrade IE6 ke IE8. ha ha..

  5. aizuddinmanap pada 25 Feb 2010

    ie6 menyusahkan.

  6. phOBia pada 25 Feb 2010

    Haha aku tumpang gelak je pe korg debat kn..

  7. mohdisa pada 25 Feb 2010

    ada lagi ke pengguna IE6 ni? hehe

  8. Wan Perlis pada 27 Feb 2010

    tak silap ie6 xda fungsi tab.
    boooo to ie.
    hehe


Tinggalkan Komen Anda