• Blogger Memperkenalkan Fungsi Template Designer

    Google sering membawakan pelbagai inovasi dan perkara baru dalam web. Terkini, Google membolehkan para pengguna Blogger mengubah tema rekabentuk blog masing-masing dengan mudah melalui penggunaan editor grafik yang serba mudah, atau yang mana dikenali sebagai Blogger Template Designer.

    Melaluinya, para pengguna disajikan dengan lebih 15 tema khas yang mana anda boleh mengubah latar belakang tema tersebut, termasuk tulisan dan menambah widget dengan mudah sekali. Ia juga diintegrasikan bersama iStockPhoto, membolehkan anda mengakses kepada ratusan gambar-gambar professional untuk digunakan sebagai latar belakang. Anda juga turut boleh menetapkan sama sama ada anda ingin menggunakan tema berbentuk satu kolum, dua ataupun tiga mengikut citarasa anda.

    Walaupun anda boleh mengubah rekabentuk blog anda melalui penggunaan CSS, dengan pengenalan Blogger Template Designer, ianya membolehkan sesiapa sahaja, walaupun tiada sebarang pengetahuan berkenaan HTML dan CSS mengubah rekabentuk blog mereka dengan mudah dan sekaligus menjadikannya unik.

    Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu akses ke Blogger in Draft dan seterusnya klik pada halaman Layout pada Panel Admin Blogger anda.

16 Komen

  1. topo on 13 Mar 2010

    memang kacak fungsi ini.. hohoho

  2. Wan Perlis on 13 Mar 2010

    da jugak baca kat nazrien
    sesiapa berminat boleh mencubanya

  3. TMUkmkd on 13 Mar 2010

    hoh perlu usha benda ini :D

  4. TMUkmkd on 13 Mar 2010

    wow! best!!!

  5. safar on 13 Mar 2010

    Ini barulah seronok berblog dengan blogspot.
    kalau tidak dulu.kena cari tema.muatturun dan
    muat naik.makan masa tu nak cari tema yang
    sesuai.sekarang bagus.hiuhuuuuuuuu…..

  6. Nikuve on 13 Mar 2010

    Berita baik untuk pengguna ‘tegar’ blogger :)

  7. Syafrizal on 13 Mar 2010

    best… memang best… live preview lagi

  8. Frantz-Senpai on 13 Mar 2010

    haha.. nmpaknya blogger semakin maju ke depan.. mau tulis review nie.. haha

  9. zool on 13 Mar 2010

    Belum tgk lagi…
    Insyaallah akan dikaji selidik lepas ni…

  10. Melz on 13 Mar 2010

    fungsi terbaru ini memudahkan para blogspot mengubah suai blog mereka dengan lebih kemas dan teratur tanpa coding :)

    Thumbs up!

  11. zik on 13 Mar 2010

    Erm.. memang cantik :-)

  12. Azizuan on 13 Mar 2010

    teringin gak nak guna tp maleh nk explore..haha

  13. menj on 15 Mar 2010

    Bagus jugak ada fungsi ni, nnti boleh tengok macamana.

  14. mancai on 15 Mar 2010

    mantap… semakin banyak diketengahkan…

  15. bdk_SkemA on 20 Mar 2010

    erm makin sempoi…xyah la nak cari template utk tukar layout…ini ckup bgus dah…thnk amanz…

  16. mrs jamal on 02 Jun 2010

    thanks 4 sharing….update banyak lagi k..
    n tahniah atas usaha anda..


Tinggalkan Komen Anda