Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ianya sedia diketahui yang mana rekabentuk baru Facebook kini lebih mengutamakan kepada kotak carian mereka, yang mana diperlihatkan dibahagian atas-tengah pada laman mereka. Menariknya, kini mereka mula mengintegrasikan beberapa fungsi baru, sekaligus menjadikan pencarian pada Facebook lebih interaktif.

Kini, ketika anda menaip pada kotak carian di Facebook, anda dengan serta merta akan diperlihatkan dengan beberapa hasil daripada pengguna Facebook, acara, Group dan juga Pages yang terdapat pada Facebook yang disertai anda ataupun oleh rakan anda. Anda juga akan diketengahkan dengan hasil carian yang lebih relevan berbanding sebelum ini.
Mungkin masih belum semua yang dapat melihat fungsi ini kerana Facebook sedang memperkenalkannya secara berperingkat kepada para pengguna. Nampaknya, tidak lama lagi, lebih banyak pengintegrasian carian yang akan dilakukan pada Facebook, sekaligus menjadikan para pengguna menghabiskan pada laman mereka lebih lama berbanding laman carian lain.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hohoh lagi senang la blog aku untuk ditemui leaps ni..
ada fan page sedap ar..haha
berkali2 dah aku seacrh…haha..tapi jgn pulak search yg bukan2…hehe..
bgus2 tapi aku x leh main game asyik2 50 percent jew x naik2 dah?
Silap2 1 hari nanti, carian di FaceBook mengalahkan Google, heheheh
senang lah nk cari lepas ny…hu2
apelh kowang ni…
x abis2 ngan ktawa..
YEAY,SAYA DAH ADA FACEBOOK
Ini lah yg dinamakan keperluan……hidup!!!Facebook