30Mar

Celcom Promosi Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian

Telekomunikasi

Kini, Celcom mengetatkan lagi had penggunaan bandwith bagi setiap pengguna, dimana setiap pengguna diberikan had penggunaan sehingga 5GB. Pada masa yang sama, mereka memperkenalkan Online Customer Service untuk membolehkan para pengguna mengawal dan melihat penggunaan internet mereka pada masa nyata.

Walaupun sebelum ini, Fair Usage Policy sudah pun diperkenalkan oleh Celcom, ianya tidak diperlihatkan setiap kali para pengguna melayari laman web menggunakan Celcom Broadband. Sebaliknya, hari ini, apabila anda melayari laman web dengan Celcom Broadband, anda akan diperlihatkan dengan sebuah halaman khas yang memperlihatkan mesej khas berkaitan dengan Fair Usage Policy dan juga Online Customer Service ini.


Mesej Yang Di Perlihatkan Celcom

Melalui Online Customer Service ini, para pengguna boleh melihat penggunaan internet mereka, membayar bil secara dalam talian, mengubah maklumat akaun, serta mendaftar kepada servis tambahan seperti auto-debit dan tele-order.


Celcom Broadband - Jalur-Lebar Mudah Alih Mampu Milik
Maxis Bakal Membawa Masuk HTC Desire Z
YES -Rangkaian Internet 4G Terpantas Dengan Suara
HTC Desire S Akan Dijual Pada Harga RM1,799
Pengguna TM Menghadapi Masalah Mengakses Rangkaian US?

7 Komen

  1. Omar pada 30 Mar 2010

    CELCOM mengikut jejak langkah Tunetalk..huu

  2. Zie pada 31 Mar 2010

    betul ke ni? Kalau lebih had apa yang jadi? Kalau macam tu 1 minggu je pkai 5GB tu…

  3. Azizuan pada 31 Mar 2010

    bagus la..makin mudah pengguna..dok umah ja tak payah beratur panjang dah..haha

  4. xflixz pada 31 Mar 2010

    ehh..bukan dah lama dah ke..

    • aman pada 31 Mar 2010

      sebelum nie aku connect dan online, buka browser takde redirect gi memana web page. sekarang dia redirect gi webpage cam kat screenshot tue.

      • Taufik SM pada 31 Mar 2010

        wow…baru aku tahu…. thanks for sharing..hehe :)

  5. mohdisa pada 31 Mar 2010

    wah menarik ni…boleh online sll..:P


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader