26Mar

Di Sebalik Nama UniFi (TM HSBB)

Telekomunikasi

Ramai yang mula mengatakan perkataan UniFi berkait rapat dengan slogan kerajaan 1Malaysia, selain memainkan beberapa perkara berkaitan dengan politik. Namun begitu, ianya amat berbeza sekali dengan apa yang bermaksud sebenarnya disebalik nama UniFi.

Menurut Telekom Malaysia, “Uni” membawakan maksud kesatuan atau perpaduan, dan “Fi” adalah singkatan bagi fiber optik. Dan gabungan kedua-duanya membawakan UniFi yang membawakan maksud bersatu bersama fiber optik iaitu ke arah gaya hidup digital, sekaligus menepati slogan mereka itu.

Kini, jalur lebar telah menjadi antara perkara utama dalam hidup seseorang, dimana kini penggunaan jalur lebar di seluruh negara telah meningkat kepada lebih 33.2%, dan kerajaan mensasarkan untuk mencapai lebih 50% menjelang akhir tahun ini. Harga bagi langganan jalur lebar juga dijangka akan menjadi murah tidak lama lagi, selain TM sendiri telah mengurangkan harga pakej kombo 4 Mbps mereka daripada RM160 kepada RM140.


Celcom Promosi Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian
Maxis Turut Bersedia Untuk Melancarkan iPhone 4
iPhone 4 32GB Serendah RM538 Dengan Komitmen Bulanan RM248 Bersama Celcom
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Celcom Mengemaskini Pakej Jalur-Lebar - Menawarkan Lebih Kelajuan

14 Komen

  1. Tak murah pon.. pada 26 Mar 2010

    Quote:-
    “Harga bagi langganan jalur lebar juga dijangka akan menjadi murah tidak lama lagi”

    Bila tu..?? tahun 2020? :P

  2. e-Jump pada 26 Mar 2010

    Uni tu bermaksud Universal di mana gabungan 3 keperluan setiap rumah di Malaysia ketika ini iaitu Telefon, TV, dan Internet.

    Fi tu diambil dari perkataan fidelity seumpama dengan WiFi yang perkataan asalnya Wireless Fidelity, walaupun pada dasarnya Fidelity tu hanya memberi maksud kepada HiFi dan bukan memberi makna apa2 kepada WiFi.

  3. Omar pada 26 Mar 2010

    oo..ingatkan Universiti of Fidelity.. cam UniSEL … UniKL tu..haha

  4. Scromix pada 26 Mar 2010

    5mbps rm 149 kan? apsal 4mbps mhal gilakk!!

    • Omar pada 26 Mar 2010

      5Mbps tu HSBB..fiber optik..
      4Mbps tu Streamyx..wayar kuprum biasa…jadi tu pasal mahal..

  5. od3n pada 26 Mar 2010

    1Fiber

  6. KNizam pada 26 Mar 2010

    aku rasa kalau 20mbps dalam rm100. bungkus la isp lain. balik kg haha

    • Azizuan pada 26 Mar 2010

      nanti company laen kuar pakej baru,TM plak y bungkus..haha

  7. Sham Hardy pada 26 Mar 2010

    ohhhh ingatkan nak buat universiti wi-fi.. :P

  8. aktechpage.com pada 26 Mar 2010

    harga turun!!!???
    Tunggu dan lihat…

  9. ropi pada 28 Mar 2010

    ak amik d twitter tm….unifi is an amalgamation of “Uni” which denotes togetherness and camaraderie, while “Fi” symbolises fibre optics………….

  10. azrin pada 30 Mar 2010

    UniFi=Universal Fidelity.
    tak lama…bukan ADSL dari streamyx jer..tapi lain provider…tapi TM backbone (wholesale market)

  11. aGenT Tm pada 10 May 2010

    4MbPs sekarag rm 88jek….Mana ada mahal…..Skung kan ada pakej baru,,,,R0b0T….korg xnk ke robot mlm2 tuka…hahahhahahha


Trackbacks/Pingbacks

  1. Pakej internet TM UniFi mahal? ada limit? | RJUNA

Tinggalkan Komen Anda