02Mar

DiGi Bakal Membawa Masuk iPhone

Apple, Gajet, Lain-lain

Mungkin dominasi Maxis terhadap iPhone bakal berubah tidak lama lagi apabila kini DiGi turut bakal membawa masuk iPhone 3GS daripada Apple ke Malaysia. Buat masa ini, DiGi telah pun menyediakan halaman khas yang mana masih tiada sebarang info yang kelihatan disediakan buat masa ini.

Ianya masih lagi belum membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan dan sebagainya, termasuk harga yang bakal ditawarkan oleh DiGi juga turut belum diketahui lagi. Hanya satu-satunya perkara yang diketahui ialah dimana iPhone 3GS daripada DiGi bakal berada di pasaran menjelang pertengahan tahun ini.

Dengan ini, ianya bakal menguntungkan para pengguna, dan berkemungkinan besar harga Apple iPhone yang ditawarkan akan menjadi lebih murah. Selain daripada iPhone, DiGi turut menawarkan telefon pintar BlackBerry yang mana turut sama ditawarkan oleh Celcom dan juga Maxis.


S2Twit : Gateway SMS Twitter Tempatan
Maxis Akan Mula Menjual Nexus S Mulai Jumaat Ini
Permasalahan Domain PropertyGuru.com.my Dibawa Ke Mahkamah Tinggi
Pengolokan iPhone 5 Fizikal Pertama Diperlihatkan Melalui Video
Apple iPhone 4S Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

16 Komen

  1. Luth Textile pada 02 Mar 2010

    internet laju + henfon canggih == gila teknologi. hohooho

  2. mrkay pada 02 Mar 2010

    Nice! Go DiGi! Go!~ hahaha

  3. joegrimjow pada 03 Mar 2010

    nexus one xde org nak beli ke?

    • ayam pada 05 Mar 2010

      xde.

    • Ayamz pada 05 Mar 2010

      xde kot.

  4. Satelitku pada 03 Mar 2010

    Lepas ni memang senang la nak wat perbandingan harga kalo nak beli iphone 3GS nanti~

  5. mancai pada 03 Mar 2010

    parkinson aku tengok iphone 3GS …

  6. Nadri pada 03 Mar 2010

    dengar2 nya Celcom pun nak jual i Phone jugaks..habis lah maxis lepas nie..

  7. Dr House pada 03 Mar 2010

    Celcom kena jugak jual. Kalau tak memang ketinggalan la Celcom.

  8. Wan Perlis pada 03 Mar 2010

    melangkah ke hadapan lagi.
    hmm bila la aku mampu mempunyai iphone

    • syukeri pada 04 Mar 2010

      esk arr…ambik guna duit bank…hahaha

  9. zik pada 04 Mar 2010

    Wah persaingan yang memberi untung kepada kita… hehe :-)

  10. xflixz pada 04 Mar 2010

    yeaah..DiGi ni memang terkenal dengar pemula peperangan..haha..

    kalau igt simpack mahal gila..tapi digi yg start buat murah..so yg lain terpaksa la ikut..

    hopefully digi leh turun kan harga iphone..yeay!!

    • Ayamz pada 05 Mar 2010

      hohoho…rasa cam x caye je mula2 dulu beli simpack smpai 200 lebih.

  11. wazy pada 06 Mar 2010

    melangakh setapak lagi dengan digi,hehehe best²


Trackbacks/Pingbacks

  1. DiGi bakal menjadi pesaing Maxis untuk iPhone? | Orange 4 Kay

Tinggalkan Komen Anda