16Mar

Facebook Mengintegrasikan Fungsi Kod QR

Web 2.0

Sekiranya anda pengguna tegar Facebook, sudah semestinya anda perasan akan kemunculan penggunaan QR Code pada Facebook. Secara asasnya, QR bermaksud Quick Response, dan sudah menjadi kebiasaan di Jepun, malah kebanyakkan telefon bimbit di Jepun sudah boleh membaca kod sebegini. Namun begitu, apakah kegunaannya pada Facebook?

Walaupun pada permulaannya, kod QR ini banyak digunakan pada pembangunan kenderaan, kini ianya digunakan pada pelbagai perkara, termasuk dalam telefon bimbit, sekaligus memudahkan mobile tagging. Buat masa ini, Google Android dan juga Symbian turut sama menyokong kebolehan untuk mengimbas kod tersebut, sekaligus membaca kod tersebut dengan mudah. Apabila ianya dibaca, kod QR juga akan memautkan anda secara terus dengan laman web yang berkaitan.

Mungkin dengan pengenalannya pada Facebook, kita boleh menantikan sesuatu yang berkaitan dengan mobile tagging yang diintegrasikan pada Facebook, sekaligus meramaikan lagi pengguna yang menggunaan telefon pintar mengunjungi laman mereka. Buat masa kini, setiap kali anda log keluar daripada Facebook, anda akan diberikan pilihan untuk log masuk ke telefon bimbit anda pada halaman log keluar.

Ianya kini kelihatan yang mana Facebook sudah mula memberikan perhatian serius kepada pengguna telefon bimbit memandangkan bilangan pengguna telefon pintar makin meningkat dari hari ke hari.


PayPal Memperkenalkan Transaksi Dalam Ringgit
Facebook Bekerjasama Bersama MOL Global
Kini Anda Boleh Menyemak Domain .my Melalui SMS
Sokongan Antaramuka Timeline Turut Diperkenalkan Pada Facebook Pages
Aplikasi Readability Bakal Diperkenalkan Untuk Android Pada Minggu Hadapan

13 Komen

  1. beliamuda pada 16 Mar 2010

    Kebanyakan hp symbian ni mmg dah ada pengimbas ni terus ke atau kena ada software tambahan?

  2. muhdzahari pada 16 Mar 2010

    err..yang petak-petak macam cerita CSI tu, ke?

  3. Taufik SM pada 16 Mar 2010

    aku x de blackberry …. pakai w910i je…. :( tapi saya masih x faham fungsi sebenar kod QR di facebook

  4. hazim pada 16 Mar 2010

    sekarang baru aku paham :)
    thanks ya :)

  5. Sapitt pada 16 Mar 2010

    I’m Blurrr right now dude..

  6. cps.style90 pada 16 Mar 2010

    aku x de lg QR Barcode nih… dulu dlm paper kat

  7. cps.style90 pada 16 Mar 2010

    aku x de lg QR Barcode nih…

    dulu dlm paper kat Malaysia mcm Utusan & Kosmo pnah gak ade QR Barcode… tp kjap je x silap aku…

  8. wazy pada 16 Mar 2010

    Menarik jugak ni,kemana saja ,boleh online fb la nanti

  9. zaki pada 17 Mar 2010

    sblm ni, QR code digunakan dgn meluas di Smart Phone terutamanya android dan Blackberry. Klu di US, guna QR code utk beli brg atau perkhidmatan akan dpt sedikit diskaun

  10. mohdisa pada 17 Mar 2010

    menarik…:)

  11. Wan Perlis pada 17 Mar 2010

    haha aku tak perasan pun QR ni

  12. amoi pada 17 Mar 2010

    kat chrome tak kua.
    hahahaha.

    • syin pada 18 Mar 2010

      ni laki ke perempuan amanz? kira pompuan dah mula minat dgn amanz.my la ni….hahaha..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader