02Mar

Firefox 3.7 Alpha 2-Pre Membawakan Direct2D dan OOPP

Perisian, Sumber Terbuka

Selepas pelepasan Firefox 3.7 Alpha 1 tempoh hari, kini Mozilla membawakan versi pembangunan Firefox 3.7 Alpha 2 yang mana mengguna pakai enjin Gecko 1.9.3 Alpha 2, yang mana membawakan beberapa fungsi baru pada pelayar web Firefox, seperti penggunaan Direct2D dan juga OOPP.

Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan buat masa ini masih dikenali sebagai Firefox 3.7 Alpha 2 Pre. Walaubagaimanapun, beberapa fungsi baru telah pun dapat dilihat. Salah satunya adalah Direct2D yang mana diguna pakai pada sistem operasi Vista dan Windows 7, membolehkan penggunaan hardware acceleration dalam pelayaran web. Namun ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan semestinya terdapat pelbagai permasalah yang masih belum dikenal pasti lagi.

Pada masa yang sama, Firefox 3.7 Alpha 2 Pre ini membawakan fungsi OOPP (Out Of Process Plugins) yang dinanti-nantikan, yang mana memisahkan proses pelayar web daripada plugin dan addon. Mulai versi akan datang Firefox, ianya sedia diketahui yang mana segala proses plugin dan pelayar web akan dijalankan secara berasingan. Ini bermakna, Flash, Java, Silverlight dan sebagainya akan dijalankan dalam proses berlainan dengan Firefox, sekaligus mengurangkan impak kestabilan dan prestasi Firefox.

Buat masa ini masih tidak diketahui yang mana Firefox 3.7 akan dilepaskan ataupun terus ke Firefox 4.0. Namun begitu, para pengguna yang berminat beberapa fungsi baru ini, anda boleh memuat-turun Firefox 3.7 Alpha 2 Pre ini secara terus daripada laman FTP Mozilla.


Ubuntu 10.04 LTS Membawakan Tema Desktop Baru
WordPress Kini Menjana Lebih Daripada 12% Laman Di Internet
Firefox 7 Beta Untuk Android Turut Membawakan Peningkatan Pengurusan Memori
Dolphin Browser Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna iPad
Internet Explorer 10 Akan Mengintegrasikan Sokongan Kemaskini Automatik

4 Komen

  1. TMUkmkd pada 02 Mar 2010

    aku tunggu tol oopp ni :D

  2. Piratz pada 02 Mar 2010

    ape kejadah la OOPP ni.. cam Chrome tue ke?

  3. Pisyek pada 02 Mar 2010

    bagus sgt la tu.. xde la crash slalu firefox aku nnt… skg ni gune 3.5.. crash je memanjang… haih~

  4. dz pada 04 Mar 2010

    emm…sepanjang guan firefox 3.5.5 mmg la ada crash….tp 3.5.7-3.5.8 alhamdulillah xda la pulak masalah bila guna kat ubuntu….
    masalah flash yg berat di ubuntu pun xda dah la nie…
    alhamdulillah….


Tinggalkan Komen Anda