29Mar

Firefox 3.7 Mengintegrasikan Fungsi Aero Lebih Mendalam

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah tiga versi alpha dilepaskan sebelum ini, kini, pra-pembangunan untuk Firefox 3.7 Alpha 4 sudah pun mula kelihatan, yang mana datangnya dengan sokongan aero sepenuhnya, dimana selain daripada hanya tetingkap sahaja, kini navigasi dan menu Firefox turut menyokong ciri cermin yang terdapat pada Windows 7 dan Vista.


Antaramuka Pelayar Web Firefox 3.7 [via]

Walaupun ianya bukanlah suatu ciri yang dinantikan, namun ianya serba sedikit membawakan perubahan pada antaramuka pelayar web tersebut. Selain daripada itu, sebelum ini kita kedengaran yang mana Firefox 3.7 akan digugurkan pembangunannya dan akan terus melompat kepada Firefox 4.0, namun pembangunan Firefox 3.7 yang berterusan kelihatan seperti ianya akan dilepaskan kepada pengguna tidak lama lagi.

Sebelum ini, ianya dikatakan yang mana Firefox 3.7 versi Alpha hanyalah bertujuan untuk menguji enjin Gecko yang terbaru yang bakal diintegrasikan pada Firefox 4.0. Namun, ianya masih diragui samaada Firefox 3.7 akan dilangkaui ataupun tidak.


AppsMalaysia Melancarkan Aplikasi Pertama - SHEAL
Platform Generasi Seterusnya Daripada RIM Dikenali Sebagai BlackBerry 10
MHMobile - Perisian Malaysia Airlines kini untuk Symbian
Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web
Adobe Creative Suite 6 Dan Creative Cloud Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

5 Komen

  1. Omar pada 29 Mar 2010

    cun.. tapi adakah integrasi AeroPeek dilaksanakan sekali?

  2. Omar pada 29 Mar 2010

    intergrasi Aero Peek juga perlu.

  3. Jom Linux pada 30 Mar 2010

    Integerasi dengan GNOME dgn KDE pun nmpak pelik Firefox nie.. :-)

  4. Wan Perlis pada 30 Mar 2010

    masih diragui.
    apa pun mozilla terbaik :)

  5. Azizuan pada 30 Mar 2010

    3.6 full version pun baru-baru ni ja launch..maybe lambat sikit la nak dapat 3.7 full punya..macam mana pun, selagi ada update, selagi tu la hidup dipermudahkan..keke


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader