11Mar

iPhone Daripada DiGi Pada Suku Tahun Kedua

Google

Setelah segala teka-teki, kini ianya secara rasminya diumumkan oleh DiGi yang mana mereka akan mula menjual telefon pintar, Apple iPhone mulai suku kedua tahun ini, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi kedua untuk menjual iPhone selain Maxis.

Apple iPhone - DiGi
Halaman iPhone Pada Web DiGi

Perbezaan harga yang bakal ditawarkan dikatakan tidak akan jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh Maxis. Walaubagaimanapun, sebarang perkara berkaitan dengan harga iPhone masih lagi belum diperkatakan oleh DiGi.

Menariknya, selepas pengumuman daripada pihak DiGi ini, Celcom Axiata turut menyuarakan minat unutk membawa masuk iPhone untuk turut dijual di Malaysia.

Antara telefon bimbit pintar yang dijual oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia adalah Blackberry, yang mana ditawarkan dengan beberapa pakej menarik yang berbeza oleh mereka. Mungkin perkara sama akan berlaku pada iPhone. Sama-sama kita nantikannya.


Google Memperkenalkan Tema Untuk GMail
Google Mempromosi Chrome Dan Firefox Melalui GMail
FlashTime Untuk Pengguna Android Melalui Air 2.5
Android 3.0 Pada Bulan Mac 2011 Kelak?
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

4 Komen

  1. mohdisa pada 11 Mar 2010

    wah, menarik ni. bilalah aku dapat merasai menggunakan iPhone 3Gs ni…huhu

  2. Jeketb pada 11 Mar 2010

    baguslah kalau macam tu. bila dah start perang harga nanti yang akan untung kita sebagai pengguna jugak.

  3. cps.style90 pada 12 Mar 2010

    urm….. btul2… ble la ley rasa nk pkai iphone 3gs…. huhu…

  4. safar pada 13 Mar 2010

    bukan ke cik celcom minat jual
    beri hitam.tukar minat ke.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader