25Mar

Kelajuan Menjadi 10% Apabila Melangkaui Penggunaan

Telekomunikasi

Pakej dan harga bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi daripada TM, UniFi seperti sedia maklum amat menarik sekali. Namun begitu, suatu perkara yang tidak disukai oleh para pengguna adalah berkenaan kawalan bandwith oleh TM untuk pakej pengguna.

Berbeza dengan pakej perniagaan yang tiada sebarang had penggunaan, pakej untuk pengguna pula dikenakan had penggunaan berdasarkan setiap pakej. Namun begitu, sekiranya para pengguna menggunakan lebih daripada itu, kelajuan internet akan dikurangkan menjadi 10% daripada kelajuan yang dilanggan.

Untuk pendaftaran UniFi ini juga, TM tidak meminta sebarang deposit, malah kos pemasangan sebanyak RM1000 juga tidak dikenakan kepada pengguna. Setiap pemasangan baru UniFi di rumah dijangka mengambil masa antara 2 hingga 8 jam. Namun begitu, ianya dikatakan yang mana perumahan seperti apartmen dan kondominium lebih mudah dipasang berbanding dengan rumah teres biasa.

Pada masa yang sama, pakej 4 Mbps Streamyx akan dikurangkan harganya menjadi RM140 serta merta.


Sunway - Bandar Dengan Perkhidmatan WiMax
Celcom Bakal Mengeluarkan Pakej Nokia N9 Tidak Lama Lagi
DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 4S
Maxis Memperkenalkan Pelan Internet Khas Bagi Peminat Facebook
Pengenalan IPv6 Kepada Semua Secara Rasmi Pada 6 Jun 2012

18 Komen

  1. blowie pada 25 Mar 2010

    bullshit.

  2. paeh pada 25 Mar 2010

    hurm. kalau turun 10% still laju gak. 1mbps pun laju… huhu

    • Azizuan pada 25 Mar 2010

      rugi la bayar..kena dia cut awal bulan,pakai la 1Mbps sampai ujung bulan..

  3. MrRollies pada 25 Mar 2010

    wah..10% tu..
    sure merana..

  4. Piratz pada 25 Mar 2010

    pakai 5mbps turun 10% dah slow balik.. bayar jerk mahal..
    demm…

  5. Omar pada 25 Mar 2010

    confirm. aku akan potong la wimax ni nanti. pasang streamyx 4.0 atau HSBB terus.

  6. B@zSh pada 25 Mar 2010

    Brp limit FUP Unifi ni yer?

  7. Roslan pada 25 Mar 2010

    haha menarik 4mbps turun rege..yattttaaa..aku pilih streamyx..not UniFi…(u aku punyer wifi kah…)

    • Omar pada 25 Mar 2010

      Universiti of Fidelity..lebih kurang sama cam UniSEL, UniKL.dan lain-lain..heheh

  8. Muhammad Zaidi pada 25 Mar 2010

    fuh mcm ni pas ni aku amik 4 mbps r gler murah…nasib baek umah aku dh ade coverage

  9. Tak murah pon.. pada 25 Mar 2010

    RM 140 bagi 4 Mbps???…Sempat lagi TM kaut RM 20.. ingatkan nak bagi RM 100 – 120 bagi 4 Mbps.Harga bagi kelajuan 1 Mbps pulak macam mana? RM 30 – 40???… alah TMmm… kelajuan dawai tembaga pun nak dikenakan caj yang mahal lagi ke? kelajuan dawai tembaga je.. bagi murah la sket… bagi la kitorang tersenyum sket dgn harga yang baru…yea TM yea?? :)

  10. Wan Perlis pada 25 Mar 2010

    camni plak dah.
    2mbps kasi la 90

  11. Sham Hardy pada 26 Mar 2010

    10%??? 10%?!?!?!?!? WTF?

  12. Stargone pada 27 Mar 2010

    Biar betul… kalau potong 50% (setengah) bandwidth pun orang dah bising, inikan pulak potong sampai jadi 10%… hampeh betul la, walaupun tak potong (100%) belum tentu dapat full speed, kalau dah potong sampai jadi 10%? dapat ciput speed lar jawabnya.

  13. lan pada 01 Jun 2010

    cool uni pack pakej..
    4Mbps hanya rm88 jek
    pesal trun kpd rm140???
    kaut untung ni…:(


Trackbacks/Pingbacks

  1. Tiada Lagi Kawalan Bandwith Untuk UniFi | aMaNz

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader