30Mar

Kini, Lebih 1 Juta Pengguna Twitter Malaysia

Google

Ketika artikel ini ditulis, acara Social Media Club Kuala Lumpur sedang berjalan di Menara The Star, yang mana membincangkan mengenai penggunaan rangkaian sosial oleh kerajaan. Menariknya, ianya sedia maklum yang mana pengguna Facebook Malaysia sudah mencapai angka 5 juta, dan kini pengguna Twitter melangkaui angka satu juta.


Panel Di #SMCKL

Walaupun pengguna yang berdaftar akaun di Twitter adalah amat ramai, pengguna tempatan yang aktif di Twitter dianggarkan dilingkungan satu juta. Walaubagaimanapun ianya masih tidak diketahui sejauh manakah relevannya data yang dipersembahkan itu, memandangkan Facebook membolehkan akaun khas untuk laman web dan syarikat diuruskan secara berasingan melalui Fan Page, sebaliknya Twitter tiada sebarang fungsi sebegitu, selain mendaftarkan akaun pengguna yang berasingan.

Walaubagaimanapun, angka tersebut memperlihatkan sebuah angka yang amat besar, dan ianya kini menjadi antara laman sosial yang disertai oleh ahli politik dan juga artis dengan berinteraksi bersama yang lain dalam masa nyata selain mendapatkan respon pembaca dengan lebih jitu lagi.

Sebelum ini, ianya turut diketahui yang mana Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling banyak dipergunakan di Twitter, dan Twitter sendiri telah mencapai suatu tahap dimana lebih 50 juta tweet dihantar melalui laman mereka setiap hari.


Twitter Mula Menguji Media Pada Twitter.com
Ruangan Buzz Terkini Di Uji Pada GMail
iOS 5 Diintegrasikan Bersama-Sama Dengan Twitter
Photovine Diperkenalkan Untuk Umum - Masih Belum Untuk Pengguna Malaysia
Lebih 250 Juta Peranti Android Diaktifkan - Angka Muat-Turun Aplikasi Melangkaui 11 Billion

13 Komen

  1. Wan Perlis pada 30 Mar 2010

    tak sampai 3 tahun twitter dah top.
    hmm..tp aritu terdengar ada budak boleh hack twitter dan akaun obama

    • kery pada 31 Mar 2010

      huhu..sampai kesitu tahap sng hack erhh…

    • mohdisa pada 31 Mar 2010

      3 tahun? twitter dah 4 tahun la bro…hoho

  2. Azizuan pada 31 Mar 2010

    bukan obama ja..ramai celebrity lain dah kena..tak mustahil la tuh..sebijak-bijak developer, bijak lahi hackers..haha

  3. Sham Hardy pada 31 Mar 2010

    aku sorang je dah ada 3 akaun twitter.. :P

  4. apiih pada 31 Mar 2010

    aku ade 2 akaun,tapi lebih aktif pada apiih jer..ahahaha

  5. zuwairiaiman pada 31 Mar 2010

    tahniah tweeter, simply browser clicking good

  6. diden pada 01 Apr 2010

    pergh ramai dah skang nie

  7. haziri pada 01 Apr 2010

    setiap sistem ada kelemahan sebab manusia yang buat. Jika korang rasa orang di Microsoft tu power, hackers di luar sana 15x power, so mmg akan ada orang bleh hack system.

  8. luth textile pada 01 Apr 2010

    ermmm nanti boleh buat tweetup kerap2..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Panduan & Infomasi Mengenai Twitter | MrPiratz[dot]Com
  2. Mari Guna #Hashtag Di Twitter | paeh[dot]net
  3. Bagaimana Windows 7 Mendapat Nama? | MabzBloggerz [Dot] Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader