08Mar

Kini, Lebih 3000 Extension Untuk Chrome

Google

Setelah memperkenalkan fungsi Extension pada Google Chrome 4.0, kini, ianya dilihat yang mana koleksi Extension pada Galeri Chrome sudah pun melangkaui angka 3,000, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya mengejar rapat Firefox yang mempunyai lebih kurang antara 2 hingga 4 kali ganda add-ons selepas sekian lama.

Buat masa ini, halaman statistik Mozilla mengatakan ianya mempunyai lebih daripada 6,000 add-ons, namun begitu, ianya tidak dapat dipastikan sudah berapa lama yang Mozilla tidak mengemaskini halaman tersebut. Walaubagaimanapun, pencapaian ini oleh pihak Google Chrome adalah sesuatu yang perlu dipuji, dan ianya dikatakan berkait dengan teknologi biasa yang digunakan oleh Chrome seperti JavaScript membolehkan orang biasa dengan pengetahuan minima turut sama membangunkan Extension masing-masing.

Kini, Mozilla juga dikatakan sedang membangunkan sesuatu yang serupa, iaitu JetPack, yang berasaskan JavaScript, sama seperti pada Chrome. JetPack dikatakan berkemungkinan besar akan diintegrasikan bersama apada Firefox 4.0. Persaingan sihat antara pembangun pelayar web kini amat menguntungkan para pengguna dengan pilihan pelayr web yang banyak dan menepati citarasa masing-masing.


Kerjasama Strategik Antara Google dan Yahoo!
Carian Masa Nyata Perlawanan Bola Sepak Di Google
Chrome 14 Bakal Membawakan Halaman Tab Task Manager
Pengguna Berdaftar Google+ Melangkaui Angka 60 Juta Pengguna
Gambar Prototaip Telefon Pintar Android Pertama Diperlihatkan

12 Komen

  1. dz pada 08 Mar 2010

    firefox…lawan jgn xlawan….

    apa pun pengguna tetap beruntung

  2. Wan Perlis pada 08 Mar 2010

    opera camna plak aman?
    xpa yg penting kita untung hehe

  3. alan pada 08 Mar 2010

    teruskan usaha firefox

  4. aTan aHmad pada 08 Mar 2010

    google chrome is the best…x berat compare dgn mozilla…

  5. Anarm pada 08 Mar 2010

    firefox tetap pujaan hatiku

    • syin pada 09 Mar 2010

      yeahh….ambe sokong gak firefox.

    • hydir pada 10 Mar 2010

      FF Pale moon ke?
      guna Chrome terus lagi senang .. x payah nak godek banyak sgt dan extensionsnya makin lama makin berkualiti!

  6. fadzioriq pada 09 Mar 2010

    aku rasa paling ringan opera sbb aku slalu install opera kat pc lama2 dia smooth je. tp speed macam aku rasa chrome je lagi laju~
    papepun still ske firefox lagi, just tak ske sbb dia memory hogging~2 je.

  7. Kery pada 10 Mar 2010

    KEry try dah opera…lembab tak patut….benci btulll huhuhu

  8. infoperisian pada 10 Mar 2010

    adakah extension chrome akan melangkau tinggi berbanding add-on mozilla…?

  9. AMR pada 12 Mar 2010

    Yang mana satu pilihan kalbu? Aku guna dua-dua.. dua2 best!

  10. Greenman pada 12 Mar 2010

    saya lebih sula opera


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader