05Mar

Kuantan Bakal Di Lengkapi Infrastruktur HSBB

Lain-lain

Selain daripada Telekom Malaysia yang bergiat memperkenalkan HSBB di kawasan Lembah Kelang menjelang hujung bulan ini, syarikat Jalur Lebar Nasional (Jalenas) turut sedang bersiap sedia dalam memperkenalkan Kuantan sebagai bandar pertama di Malaysia yang menggunakan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

Menariknya, konsep yang dibawakan oleh Jalenas adalah menarik, dimana mereka bakal memperkenalkan HSBB dengan capaian terbuka, dimana ianya akan membolehkan pengguna membuat pilihan mereka sendiri untuk menggunakan pembekal perkhidmatan daripada syarikat mana ketika menggunakan Internet.

Jalneas dijangka akan membolehkan lebih 5000 isi rumah dapat menggunakan perkhidmatan jalur lebar menjelang Julai ini, dimana melaluinya para pengguna boleh menikmati kelajuan antara 30Mbps hingga 100Mbps melaluinya. Walaubagaimanapun, Jalenas hanyalah menjadi penyedia infrastuktur jalur lebar, dan pengguna masih perlu bergantung kepada pembekal perkhidmatan untuk mendapatkan khidmat internet.


Kabel Sepanjang 20,000 km Sedia Di Gunakan
AsiaSpace Bakal Memperkenalkan AMax City
Maxis Dan Huawei Mengumumkan Kerjasama
Carrefour Menawarkan Hadiah Raya Melalui Aplikasi WHOlah
Astro Melancarkan Perkhidmatan NJOI - TV Satelit Percuma Tanpa Bayaran Bulanan

8 Komen

  1. Omar pada 05 Mar 2010

    wow..lagipun TPM kata lepas ni semua bangunan baru kena ada infrastruktur jalur lebar..memang maju la lepas ni

  2. infoperisian pada 05 Mar 2010

    ” pengguna masih perlu bergantung kepada pembekal perkhidmatan untuk mendapatkan khidmat internet. ” – ni yang kurang best ni, pembekal khidmat internet yg nk lebih2 cerewet plak nanti.

  3. Wan Perlis pada 05 Mar 2010

    Jalenas?
    first time dengar
    30-100mbps ni yang kita tunggu.
    tapi bila nak cover 1Malaysia.

  4. mipow3r pada 05 Mar 2010

    wahhh… x sabar tunggu sampai kat Kedah

  5. safar pada 05 Mar 2010

    nanti saya datang kuantan pula.

  6. fakhri pada 06 Mar 2010

    bandaraya kuala terengganu bila lagi ye?

  7. EiNS pada 07 Mar 2010

    Setau aku dulu Jalenas pernah nak buat internet kelajuan tinggi pakai fiber optic…masa tu Najib x bagi…dia kata TM je boleh buat…

  8. khairil pada 24 Apr 2011

    ada kerja kosong tak sini?
    nk pkai juruteknik komputer??
    sy tgh mencari kerja


Tinggalkan Komen Anda