Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Microsoft Corporation, gergasi perisian terkemuka jenama Windows dan sut Office mengumumkan bahawa pihak mereka tidak lagi menyokong dan mengeluarkan kemaskini kepada versi-versi Windows terdahulu termasuk Windows Vista mulai tarikh yang diumumkan.
Beberapa edisi Microsoft Windows telahpun dihentikan sokongannya oleh pihak Microsoft seperti Windows 95, Windows 98 dan Windows ME. Kali ini, pada tahun 2010, Microsoft bakal menghentikan sokongan terhadap 4 lagi versi Windows.
Antara versi Windows yang bakal dihentikan sokongan oleh Microsoft adalah seperti berikut:
Microsoft Windows 2000 Server / Professional pada 13 Julai 2010 Microsoft Windows XP SP2 pada 13 Julai 2010
Microsoft Windows Vista SP2 pada 13 Julai 2010
Mulai tarikh yang dinyatakan diatas, semua sistem operasi tersebut tidak lagi mendapat sebarang kemaskini dan perlindungan dari Microsoft.Bagi pengguna yang masih menggunakan versi yang berkaitan, Microsoft mengalakkan mereka untuk mengemaskini dengan membeli sistem operasi terbaru iaitu Windows 7.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Win Vista pun???? Haih…ni yang rasa dah x nak guna windows lagi dah…huhu, kena berubah ke Open Source or Mac r pasni..hahaha
giloz. vista pun jadi mangsa gak. ternyata xp memang hebat. berapa tahun daaa hukuman gantung dia asyik ditunda je :p
hurmmm… nih mmg betul2 nk paksa org beli windows 7 nih…. nice strategy Steve….. hahaha
Steve mane plak ni bang? Steve Jobs tu Apple pnye supremo..
Microsoft ni Bill Gates la bang..
xper2.. win7 pirated version berlambak2 kat pasar malam.. hehe
Windows XP SP3 x akn diberhentikan ?
ape2 pun windowx xp gak terbaek…takde masalah..elok je..nk tamatkan riwayat die pun microsoft pikir 2x..hahaha
kenapa tak tamatkan riwayat Win XP selepas diorang keluarkan SP4?
2 la..betul juga…ubah ke open source kan senang….xda la nak behenti2 pulak sokongan dia…
tpbg yg mampu..tepuk dada tanya iman (ingat pada saudara2 seagama kita di Palestine)
@wth skrg ni yg aq dgr2 la kan, microsoft bkn bill gates lg org kuat dlm dlm tu, tp steve apa ntah, steve blamer kot.haha.btoi tak bang?biaserrr diyerrrr tu.
Bill Gates tue Chairman kat Microsoft, manakala Steve Balmer adalah CEO Microsoft.