02Mar

Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia

Perisian

Setelah sekian lama dinantikan, dan disajikan dengan versi beta, kini pelayar web Opera 10.50 sedia digunakan oleh para pengguna Windows, manakala pengguna Mac OS X dan juga Linux bakal merasai kelajuan pelayar web Opera 10.50 ini tidak lama lagi.

Opera 10.50
Pelayar Web Opera 10.50

Melalui Opera 10.50, Opera Software meninggalkan semua pelayar web yang lain dari segi kelajuan, hasil penggunaan enjin JavaScript yang baru, iaitu Carakan, sekaligus menjadikannya sebagai pelayar web yang terpantas sekali di dunia buat masa kini. Selain daripada itu, Opera 10.50 turut sama membawakan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru, berserta dengan beberapa fungsi yang baru.

Opera 10.50 menjadi pelayar web pertama yang mengintegrasikan sepenuhnya fungsi antaramuka Aero Glass Windows 7, sekaligus meninggalkan Chrome yang masih tidak diintegrasi sepenuhnya dengan antaramuka Windows 7. Selain daripada itu, beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh Opera 10.50 adalah termasuk:

  • Pelayaran Peribadi – Jikalau sebelum ini anda perlu membuka tetingkap baru sekiranya ingin membuat pelayaran peribadi, kini melalui Opera 10.50 memperkenalkan pelayaran peribadi dengan semudah membuka tab yang baru, sekaligus menetapkan tahap baru pada pelayar web.
  • Sokongan HTML5 dan CSS3 – Opera 10.50 membawakan sokongan HTML5 dan CSS3 yang dipertingkatkan berbanding dengan versi terdahulu.
  • Aplikasi Opera Yang Di Pertingkatkan – Aplikasi yang dibangunkan oleh Opera Software seperti Opera Turbo, Opera Unite dan sebagainya turut didatangkan bersama Opera 10.50, malah dengan peningkatan prestasi dan kegunaannya, menjadikan pelayar web Opera lebih menarik.

Opera 10.50 boleh dimuat-turun oleh para pengguna Windows dan mengalami perbezaan kelajuan yang agak ketara, selain turut sama menggunakan beberapa fungsi baru pada pelayar web Opera 10.50.


Fungsi Halaman Tab Baru Pada Firefox Di Perkenalkan
Paint.NET 3.5 Membawakan Sokongan Kepada Aero
Firefox 4 membawakan paparan pop-up yang cantik
Chrome 11 Beta Membawakan Sokongan Input Suara Melalui HTML5
Ulasan Ringkas Pelayar Web Internet Explorer 9

14 Komen

  1. Pisyek pada 02 Mar 2010

    smlm membe aku ckp beta, hari ni da jd stable eh..? bgs gile.. nnt nk try la dlm linux aku.. hoho…

  2. EiNS pada 02 Mar 2010

    Kejap je jadi terpantas…lepas2 nie bersaing balik ngan chrome, firefox, safari…begitulah lumrah perang browser

  3. cps.style90 pada 02 Mar 2010

    laa…. aku bru siap upgrade ke 10.5 b2…. x tau plak arini dh full release…

  4. InfoPerisian pada 03 Mar 2010

    terbaik setakat ni Opera…….blh dicuba.

  5. mancai pada 03 Mar 2010

    aku rasa elok gak browser2 ni bersaing sesama derang yang mendapat faedah kita si pengguna ni jugak… persaingan sihat… huhuhu aku nak guna gak leee… eh browser flock aper pulak citer sekarang erk?

  6. Wan Perlis pada 03 Mar 2010

    gila la opera.pasti kena try.
    mozilla mesti tercabar

  7. Eii...TakNak!! pada 04 Mar 2010

    nak try dulu arr sebab sbelum mengecewakan bg Kery…

  8. azzam pada 06 Mar 2010

    tp kualiti gambarnye x lawa la.. aku da cube..
    laju 2 mmg laju.. tp gambarnye x lawa..
    ntah pc aku yg pblm ke ape

  9. Kayok pada 06 Mar 2010

    Dah cuba dah… memang laju, tapi gambar jadi tak jelas… memang mcm tu ke?

  10. firdaus pada 09 Mar 2010

    biasa la klu inginkan performance,quility terpaksa la diabaikan

  11. stammofa pada 10 Mar 2010

    baru je install..
    10 minit pengalaman – smooth dan semestinya laju. tengah nak explore.

    cadangan: pakai la wei..

  12. Greenman pada 12 Mar 2010

    wah….memang lebih laju. Opera memang pilihan no. 1 saya dari dulu lagi

  13. salman pada 26 Mar 2010

    memang laju dah try…
    tp nak download video kat youtube mcm mana ek?

    puas aku cari2 x jumpa….huhu


Tinggalkan Komen Anda