Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas pengenalan Opera 10.50 tempoh hari, pembangunan pelayar web Opera diteruskan, dimana Opera 10.51 RC sudah pun sedia dicuba oleh para pengguna buat masa ini, dan berkemngkinan besar akan dilepaskan kepada umum dalam masa terdekat ini. Walaubagaimanapun, Opera 10.51 RC hanya ditawarkan kepada pengguna Windows sahaja buat masa ini.
Melalui Opera 10.51 RC ini, pihak Opera telah menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan prestasi, selain menambah-baik lagi penggunaan memori pada enjin Carakan berbanding pada enjin Futhark yang digunakan sebelum ini. Ianya dikatakan, Opera 10.51 berkemungkinan besar akan menemui para pengguna secepat mungkin, seawalnya pada hujung minggu ini.
Walaubagaimanapun, para pengguna Linux dan Mac OS X masih lagi perlu menunggu sementara waktu untuk mereka dapat mencubanya. Ini adalah kerana Opera Software tidak lagi menyatukan pembangunan dan sokongan pelayar web untuk tiga platform berbeza ini.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah dah tak lama nak kuar. mungkinkah perlu berhijrah ke Opera ni?
aman tak nak riview pasal http://www.formspring.me
dulu blog ini amanz.net kn…. ? aku ingat lagi kita berchat kat soutbox blog aku pada tahun 2006… huhu….
opera kurang umphh…. aku download haritu pastu guna tapi lembap semajam je…. pakai chrome laju sikit…
cuba lawat http://fatlee4.blogspot.com/ …. tu blog aku pada tahun 2007…. huhu…. lepas tu tukar ke taufiksm.blogspot.com pastu ke taufiksm.com…..
Windows diutamakan, Linux dan Mac dikemudiankan
hurmm satu soalan yang sama orang letak dalam bahagian komen aku
kenapa enjin javascript menjadi isu?
semua mahu lebih pantas.
adakah sebab akan datang semua lebih banyak guna javascript/ajax?