24Mar

Pengenalan Adobe CS5 Pada 12 April Ini

Perisian

Adobe kini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sebuah majlis khas untuk pengenalan aplikasi Creative Suite 5 (CS5) pada hari Isnin, 12 April kelak. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Adobe masih merahsiakan kebanyakkan perkara yang akan mereka perlihatkan pada hari tersebut.

Sebelum ini, Adobe pernah sekali memperlihatkan sebuah video khas yang memperlihatkan beberapa perkara baru pada Adobe Photoshop CS5. Namun begitu, tiada sebarang perkara baru yang kelihatan atau bocor ke internet sejak daripada itu. Antara perkara baru pada Photoshop CS5 adalah fungsi penggunaan brush sama seperti pada Corel’s Painter, selain fungsi 3D padanya. Para pengguna Photshop CS5 juga boleh wrap imej mereka dengan mudah dengan penggunaan Puppet seperti mana terdapat di Adobe After Effects.

Pada laman rasmi pelancaran Creative Suite 5, turut diperlihatkan beberapa video khas yang memperlihatkan beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan mereka. Bagi yang berminat untuk mengikuti pelancaran tersebut, boleh mendaftarkan diri mereka dan mengikutinya melalui Adobe TV kelak pada 12 April.


Nokia Menamatkan Chat, Dan Kenalkan Ovi
Pelayar Web Opera Kini Boleh Didapati Melalui Mac AppStore
Nokia Bakal Mengumumkan Sesuatu Baru Mengenai Symbian Pada 12 April
Firefox 5 Kini Boleh Dimuat-turun Dari Pelayan FTP Mozilla
Pelayar Web Dolphin Untuk Android Pad Diperkenalkan

14 Komen

  1. Omar pada 24 Mar 2010

    huhu..aku masih dengan CS3 lagi.. =,=”

    • kery pada 25 Mar 2010

      kery: release version punyerrrr

  2. Sham Hardy pada 24 Mar 2010

    **sedang mengira duit untuk upgrade PC supaya support CS5**

  3. Wan Perlis pada 24 Mar 2010

    mak ai aku masih lagi dengan cs2 dan cs3

  4. TMUkmkd pada 24 Mar 2010

    aku masih potosop 7

  5. Alon pada 24 Mar 2010

    aku masih dengan PicNik , GIMP dan Photoscape T.T

  6. beliamuda pada 24 Mar 2010

    aish, dah sampai cs5 rupanya… aku baru nak berjinak2 dengan cs3.

  7. Azizuan pada 24 Mar 2010

    aku plak cs4..tuh pown gagap2 lg..haha

  8. tekong pada 24 Mar 2010

    Lihat Bontot 5 :p

    ( See Ass five :p )

  9. Anarm pada 25 Mar 2010

    aku suke adobe cs4.. tak sabar nk tunggu cs5 plk..

  10. mohdisa pada 25 Mar 2010

    rasanya dah malas nak tukar dah, pakai CS4 sudah. ni pun tak abis study lg. hehe

  11. nazmie pada 25 Mar 2010

    cepatnye……. pejam celik pejam celik dah smpi CS5.

  12. fairuz pada 02 Apr 2010

    Siapa ada Adobe Photoshop versi 1.0 heheheh. nak cuba lah

  13. aizuddin pada 06 Apr 2010

    cs4 dah mantap..cs5 mesti lagi mantap ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader