02Mar

Picnik Kini Menjadi Milik Google

Google

Google seperti yang diketahui amat berminat dalam pembangunan aplikasi berasaskan web yang menjadi minat para pengguna. Terbaru, hari ini, mereka telah pun membeli editor gambar berasaskan web yang popular, iaitu Picnik. Masih tiada sebarang perubahan lagi yang dilakukan pada laman Picnik, namun begitu, pelbagai fungsi baru dan pengintegrasian yang dilakukan pada Picknik oleh Google.

Dengan pemilikan Picnik ini, Google telah pun mempunyai aplikasi untuk mengedit gambar berasaskan web, sekaligus dijangka memberikan impak yang besar kepada Picasa Web. Selain daripada Picknik, Google juga menyediakan aplikasi untuk mengedit imej pada desktop yang amat mudah dikendalikan, iaitu Picasa.

Buat masa ini, para pengguna masih boleh menggunakan Picnik seperti biasa tanpa perlu log masuk ke akaun Google dan sebagainya. Selain daripada itu, pengguna Flickr juga masih boleh menggunakan Picnik seperti biasa. Ianya masih tiada sebarang berita berkenaan penggunaan Flickr pada Picnik, memandangkan Flickr merupakan milik Yahoo!. Namun begitu, Google masih menggalakkan pengguna untuk mengimport gambar dan imej mereka daripada Flickr, Facebook dan juga Picasa Web Album.


Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata
Lebih 100 Juta Peranti Android Telah Diaktifkan
Aplikasi Dolphin Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Para Pengguna iOS
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 6 Oktober
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

6 Komen

  1. Wan Perlis pada 02 Mar 2010

    berapa nilai picnik?
    google terus unggul

    • Pisyek pada 02 Mar 2010

      xpe, gugle kaye… haha…

  2. Fahmishah pada 02 Mar 2010

    weehoo!

  3. safar pada 02 Mar 2010

    untung ke beli picnik tu.

  4. nazmie pada 04 Mar 2010

    best lah klu cam nie. Picnik nye editing apps power. laku lah picasa nanti.

  5. Nikuve pada 07 Mar 2010

    Wah, sume google ambil.. takat ni dah byk web2 yg berguna diambil Google..


Tinggalkan Komen Anda