15Mar

Rangkaian HSBB Daripada TM Pada Bulan Ini

Lain-lain

Berita baik kepada semua penduduk di sekitar Lembah Klang. Sebanyak 27 kawasan di Lembah Klang akan dilengkapkan dengan HSBB untuk tempoh dua tahun, dengan pelancaran awal di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam dan Subang Jaya yang dianggap sebagai kawasan padat dengan pengguna Internet ketika ini. Projek jalur lebar berkelajuan tinggi HSBB, yang akan dilancarkan oleh Telekom Malaysia itu, dijangka mempunyai kelajuan sekitar 10 megabit sesaat (10Mbps).

Meskipun kelajuan Internet berkualiti tinggi sedia ada seperti Streamyx membolehkan pengguna melayari Internet dan menggunakan kemudahan seperti emel, lebar jalur yang lebih besar akan membolehkan mereka dapat melihat IPTV dan HDTV, dan mendapat akses bagi pendidikan lanjut secara dalam talian.

Menjelang 2011, seluruh Lembah Klang akan mendapat liputan HSBB, termasuk Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Gombak dan Kajang, Selangor. Majlis pelancaran HSBB akan berlangsung pada 24 Mac ini di Dataran Merdeka secara besar-besaran oleh TM.


Gangguan Sambungan Internet Sehingga 5 April
Windows 7 dan Bing Terus Maju
HSBB Daripada TM Di Kenali Sebagai UniFi
Belanjawan 2012 Tidak Mesra Sektor Teknologi Dan Perkomputeran
Pengumuman - Profil Amanz Network Dikemaskini

9 Komen

  1. Wan Perlis pada 15 Mar 2010

    Malaysia baru nak lancar. negara lain dah lama lancar.hehe
    korea dah lebih 60mbps

  2. asx pada 16 Mar 2010

    sad , at the middle of kl , xnak pulak die bwat . huuu.

  3. Scromix pada 16 Mar 2010

    wah TTDI dpt dlu. btg berjuntai bila aman? haha

  4. Azam pada 16 Mar 2010

    yeah, semalam nampak tm pasang kable HSBB tu…hehe…nak pakai ler..

  5. mancai pada 16 Mar 2010

    huhuhu… menarik2… biasala Malaysia technologi agak tertinggal sikit… tapi masih mampu nak kejar…

  6. Satelitku pada 16 Mar 2010

    Wah lajunya~! =P

  7. buzymovie pada 16 Mar 2010

    bila la kwsn negeri kedah nak ada HSBB ni kn?

  8. muhdamin88 pada 16 Mar 2010

    mmg laju tapi bersediakah kita dengan harganya???..bagaimana pula dengan negeri lain

  9. Azam pada 16 Mar 2010

    info mengenai HSBB http://damhamaza.com/hsbb-tm/


Tinggalkan Komen Anda