Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Penyedia perkhidmatan jalur lebar, REDtone International Bhd. (REDtone) telah diberikan lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan IPTV (TV Protokol Internet) kepada pengguna di Malaysia.
Lesen yang diberikan itu membolehkan Redtone menjadi antara penyiar kandungan multimedia berasaskan teknologi Protokol Internet selain dari Telekom Malaysia. REDtone menganggarkan sebanyak 100,000 pelanggan baru bakal menggunakan teknologi IPTV dari syarikat itu dalam jangkamasa tiga hingga lima tahun.
Antara saluran televisyen yang disiarkan oleh REDtone melalui IPTV adalah Hunan World, Zhejiang International, CCTV Entertainment, Dragon TV, Hakka TV, Health & Lifestyle, Bloomberg , dan sistem rangkaian televisyen percuma di Malaysia seperti RTM dan Media Prima.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hmmmm…bagus redtone dalam malaysia…ada persaingan sengit antara syarikat lain..maka berlaku harga runtuh..fuhhh
wah…makin membesar redtone ni. bagus2, satu peningkatan yang hebat.
Bagus,tapi internet kita ni dah cukup laju ke?amanz nak taye mcm mn ko dpt info terlalu cepat.leh sharing web2 yg ko bookmark dgn kita orang semua..
@mrkaizer:
sebenarnya, amanz mempunyai beberapa penulis lain, termasuklah aku sendiri. Jadi kalau bab bagaimana kami mendapat info terlalu cepat, ianya merujuk kepada laman-laman web lain. Dalam kes redtone ni, kami mendapat maklumat dari laman web utusan malaysia. thanks
IPTV pun mereka mahu buat ke.tak sabar nak tengok tv.
tempat koje lama aku ni… hahahaha… makin menjadi idea2 derang ni rupanya… abislah astro… ye ke?