21Mar

Selamat Ulang Tahun Ke-4, Twitter

Web 2.0

Ianya kini sudah empat tahun Twitter beraksi di arena internet. Twitter sebelum ini telah dibangunkan bersama oleh Evan Williams, Biz Stone dan juga Jack Dorsey pada 21 Mac 2006. Kini, Twitter telah menjadi antara laman yang paling popular di arena internet dimana semua berkongsi maklumat dalam masa-nyata.

Di Malaysia sahaja, Twitter telah memberikan sebuah impak yang besar, dimana ramai artis dan juga ahli politik menggunakannya untuk berhubung antara rakyat dan peminat mereka. Malah, sudah beberapa kali, topik terhangat di Twitter adalah sesuatu yang dimulakan oleh rakyat Malaysia.


Antara Tweet Terawal di Twitter

Melalui statistik terkini juga, ianya dikatakan Bahasa Melayu merupakan bahasa ke-empat paling popular di Twitter. Pada bulan lepas sahaja, Twitter mengumumkan yang mana mereka kini mencapai tahap dimana jumlah tweet yang dihantar oleh para pengguna mereka dalam sehari mencecah lebih daripada 50 juta tweet.

Pada masa yang sama, Twitter juga kini telah memeterai perjanjian bersama penyedia enjin carian seperti Bing dan Google dalam menyediakan hasil carian masa-nyata untuk mereka. Selain daripada itu, ianya juga diura-urakan yang mana Twitter bakal memperkenalkan platform pengiklanan mereka tersendiri.


Nama Domain .me Sudah Boleh Di Daftar
TweetDeck Bakal Memperkenalkan Aplikasi Berasaskan Web
Aplikasi Maybank Untuk iPad Kini Sedia Dimuat-Turun
Pemilik The Pirate Bay Melancarkan Laman Storan Fail BayFiles
Infografik : Wikipedia Memberikan Nafas Baru Untuk Kajian Dan Rujukan

16 Komen

  1. Luth Textile pada 21 Mar 2010

    Happy Birthday ke 4 Twitter!

    • kery pada 21 Mar 2010

      Happy Birthday ke 4 Twitter!…huhu

  2. eiyda pada 21 Mar 2010

    dah ke 4 ek…huhu..

  3. Richie pada 21 Mar 2010

    im not a twitter person.. huhu

  4. menteil pada 21 Mar 2010

    huhu.. aku pun dah jarang sangat guna twitter.. tak macam dulu.. tak tau la kenapa macam dah tak seronok macam dulu…

  5. infoperisian pada 21 Mar 2010

    sesetengah orang suka akan twitter, sesetengahnya suka fb. tak kisahlah.
    yang tak tahannya, masih lagi orang bertanya, apa itu twitter, mcm mana nk gunakannya.

  6. Wan Perlis pada 21 Mar 2010

    oh twitter aku mengenali engkau tahun lepas ja

  7. topo pada 21 Mar 2010

    happy birthday twitter..

  8. Satelitku pada 21 Mar 2010

    Selamat Ulang Tahun Twitter~ =d

  9. mancai pada 21 Mar 2010

    hepi related b’day twitter… memang best guna twitter selain FB…

  10. bdk_SkemA pada 21 Mar 2010

    Slamat Ulang tahuN Twitter yg Ke-4…=b

  11. mohdisa pada 21 Mar 2010

    twitter sudah tua…hehe

  12. Nine pada 22 Mar 2010

    menarik entri nih ..happy besday twitter…

  13. Taufik SM pada 22 Mar 2010

    tapi nape twitter selalu error kat chrome….. pelik tul … :)

  14. safar pada 23 Mar 2010

    Selamat Hari Lahir Twitter.seronok bertweet hari-hari.sampai kuliah
    tak sempat pergi.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader