Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, Silverlight merupakan salah satu pesaing terdekat bagi Adobe Flash, yang mana turut digunakan oleh kebanyakkan organisasi dan web dalam memperlihatkan kualiti video yang tinggi. Menariknya, hari ini, Microsoft mengumumkan yang mana Silverlight kini terdapat pada lebih 60% komputer dengan sambungan internet.
Menariknya, Silverlight boleh memperlihatkan kualiti video dan audio yang tinggi sehingga 720p, dan sering digunakan untuk siaran langsung dan juga siaran tertunda. Dengan pengintegrasian Silverlight dan juga teknologi ISS daripada Microsoft, ianya sememangnya suatu platform yang amat bagus.
Hari ini, pada MIX10, Microsoft seperti biasa, memperkenalkan Silverlight, dimana versi terbarunya, Silverlight 4.0 RC sedia dimuat-turun oleh para pengguna. Antara perkara menarik pada Silverlight 4.0 adalah:
Silverlight semakin berkembang dari masa ke semasa, sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna. Pada masa yang sama, HTML5 juga turut mendapat perhatian para pembangun web. Walaubagaimanapun, para pengguna yang berminat, boleh mencuba Silverlight 4 Beta RC yang mana kini boleh dimuat-turun secara percuma.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hhuhu..menarik juga silverlight, salah satu aplikasi yang aku selalu pakai ialah Facebook silverlight CLient…. sangat menarik cubalah http://damhamaza.com/facebook-silverlight-client/
hahah baru aku trau sikverlight tu pesaing adobe flash.. hohoho
adobe flash + silverlight. dua2 aku pakai.
semua org pun pki dua dua, , mane ade org pki silverlight jer, klu ader pun memang jarang sangatlah sbb banyak lmn web yg spport flash, so kne pki dua-dualah