Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas ramai yang membuat bantahan berkenaan dengan had penggunaan untuk UniFi, kini TM mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengenakan had penggunaan untuk para pengguna mereka buat masa ini, sebaliknya akan mengkaji dan memerhatikan corak penggunaan para pengguna.
Sebelum ini, TM mengenakan had penggunaan untuk pakej pengguna perumahan, dimana kelajuan akan menjadi lebih kurang 10% daripada kelajuan yang dilanggan apabila mereka melangkaui had penggunaan yang dibenarkan. Namun begitu, tiada sebarang had penggunaan dikenakan untuk para pengguna perniagaan.
Sebelum ini, TM memperkenalkan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi untuk para pengguna perumahan dengan pakej 5 Mbps dikenakan had penggunaan 60 Gb sebulan, 10 Mbps – 90 GB sebulan dan 20 Mbps 120 GB sebulan. Namun begitu, atas desakan para pengguna dan bantahan mereka, kini TM tidak lagi mengenakan sebarang kawalan had penggunaan buat masa ini.
28 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lambat amanz update sbb gi event..hahaha..tadi hot kat twitter ptg td
bagus a TM. Dengar suara consumer
tapi nak byr bulan2 terberak aku.
HAHA
TM pn dah ikut tema.. Rakyat didahulukan.. hehe.. ^_^
waaaa… cayalah macam ni.. cmni baru hebat! haha.. jgn cakap lebih sudeyhhh
bagus lah macam tu…dengarlah suara pengguna…pasti mereka ™ juga akan bahagia..
p/s: dalam laman web still tak remove…a bit confusing bagi yang tak de twitter….
hurm. nasib aku bukan jenis kaki download. pakai yg sekarang dah oke dah… ada rezeki nak tambah…. iyargh
switch to TM HSBB selepas tamat kontrak ngan p1 la camni.
erm.. aku dah nak terminate even tak tamat contract. sebab 3 report telah dibuat. so WTH semua tuh. memang terpaksa berubah ke arah fixed beb.
sambung!! sambung!! sambung!!
penting sgt ke utk Capping nh ? …
bila nak sampai kat terengganu?
Haha mana tak mengamuk.. Streamyx pun org dah berasap bantai Customer Service.. lagi nak limitkan bandwidth. Kita tengok macam mana sambutan. Kalau dia limit jugak aku tak tau la nak cakap apa. Awal2 mungkin dia nak tarik customer.
wah kira bagus lah bro..thanks for info …….
tektik tarik pelanggan ni, tengok la bila dah ramai guna nanti ekekeke
5mbps menanti.hehe upload2..
kami suka mendengarnya
kena baca TOS elok2 la..baru launch x sampai seminggu, dgn pantas decide camni, tak kan saja2 ja..haha..
lagipon sekarang bole la dia buat camtuh..berapa area ja dapat..user x ramai sgt..nanti2 dia limit balik laa..
ini yang consumer nak dengar ni..
nasib TM dh tukar plan,klu x pasti ramai lg yang akan maki..hahaha…
klu ade cap pown kene bg la tinggi lagi…
cnth : 5mbps : 200gb
10mbps : 400gb
20mbps : 600gb
baru la berbaloi… nh x… pe nak jadi…
ha kalau macam 2 sokon la juga kalau nak cap pun…berbaloi-baloi..
Takyah capping.
Tapi kalau asyik download torrent tiap2 hari sampai orang lain nak buat kerja pun jadi slow line, mmg patut di rendah kan speed dia ke 30 kbps je.
Sbb dia torrent, satu kawasan perumahan line slow, ada ke patut ?
Bila speed dah 20 Mbps, lagi syoklah kambing2 ni pi download movie.
apa mau susah.. hadkan download limit torrent jer..huhuhuh… aku pun pendownload torrent gak… tapi tak setegar cam dulu…
hoho…abislah…kerja mendownload je la lepas ni…hoho
tm kena pressure
pasni komplen pasal harga plak
streamyx is the best! tapi x lama lagi kalo usage tinggi pasti TM akan had kan usage…
sokong cadangan iskandar..tp utk pengetahuan korang walaupun unlimited tp tetap dilimitkan..kalo x caya cube tgk terms & condition soklan 41 kalo x silap psl FUP.. yelah,mana x dia limitkan..dorang kena byr dkt amerika a.k.a team IT utk bandwidth nih..mahal siot.. lgpon,kat negara kita nih TM dia pioneer..yg len2 punya tenet kena la mengikut TM punyer server. Ni info yg aku dpt dr networking expertise la.