• TM Bakal Melancarkan HSBB Pada 24 Mac

    Setelah semua berita berkaitan dengan HSBB daripada TM, kini ianya diumumkan yang mana Telekom Malaysia (TM) sudah sedia melancarkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi secara rasminya pada 24 Mac secara besar-besaran di Dataran Merdeka.

    Bersama-sama dengan pelancaran di Dataran Merdeka, TM juga akan melancarkan perkhidmatan HSBB mereka di Menara TM di Bangsar serta di Sarawak. Menerusi pakej HSBB daripada TM ini, ianya bakal membawakan tiga perkhidmatan bersama-sama, iaitu perkhidmatan suara melalui internet, IPTV, dan juga perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.

    HSBB kelak akan membolehkan para pengguna melayari web pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui lagi sebarang perkara berkaitan dengan harga HSBB yang bakal ditawarkan oleh TM untuk para pengguna.

    Buat fasa pertama, HSBB bakal diperkenalkan di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar, serta akan diikuti kawasan-kawasan lain secara berperingkat.

13 Komen

  1. xflixz on 10 Mar 2010

    Mengikut apa yang aku dengar..tp jgn caye la..huhu..

    dia punyer package utk permulaan ni satu je 10-20mbps..15mbps average..

    utk tahun 1st..kalau speed below 10mbps..free utk bulan tu..tu janji TM..

    dan juga harga dengar cerita RM149 utk 10-20mpbs tu..

    tapi semua tak pasti lagi..ni pun mmber aku yang ckp..die di invite jadi tester utk HSBB ni..

  2. mancai on 10 Mar 2010

    huhuhuhu satu berita yang menarik ni… harap2 TM memberikan service menarik

    • Kery on 10 Mar 2010

      btul..tu…service kat umah kery tak dijaga langsung..huhuhuhu

  3. mohdisa on 11 Mar 2010

    laju juga dorang siapkan HSBB ni, time aku praktikal dlu masih duk setup lab dia jerk. hehe

  4. Omar on 11 Mar 2010

    habislah pengguna streamyx..memang tak layan la lepas ni kot…
    para hosting dan penyedia datacentre dialu-alukan menggunakan benda ni

  5. Wan Perlis on 11 Mar 2010

    maju maju..tm mai project kat kangar plak

  6. G on 11 Mar 2010

    wuih.. bnda bgs nih. shah alam blah mane yek?

  7. Omar on 11 Mar 2010

    Shah Alam kalau tak silap aku ada banyak kawasan, termasuklah Seksyen U8 (Bukit Jelutong) ngan U2 (Taman TTDI Jaya)

  8. safar on 13 Mar 2010

    murah dah lah.rm45 sebulan.boleh untung balik.hehehe…….

  9. menj on 14 Mar 2010

    Kita mmg dah ketinggalan jauh, tahun 2010 baru nak offer 10Mbps, negara lain dah mula fikir nak offer 1GBps.

    • Omar on 14 Mar 2010

      biasa la..kita macam-macam aspek nak jaga…makanan la..politik..kewangan..ekonomi semua tu.

    • Stargone on 14 Mar 2010

      Biasa lar kat sini memang macam tu, kat jepun tak silap aku dah siap offer 1Gbps untuk pengguna rumah. laju wooo.

  10. hamidah on 28 Mar 2010

    apa macam..klau high speed tak kan nak murah..bepada le dgn teknologi..nak murah lagi gi aje luar negeri..dok disana…


Tinggalkan Komen Anda