23Mar

TM – Masa Depan Bergantung Pada Jalur Lebar

Lain-lain

Sekiranya sebelum ini kita dapat melihat bagaimana dunia akan berubah dengan teknologi yang makin maju dari hari demi hari melalui video daripada Microsoft, kini, melalui iklan HSBB daripada TM, mereka cuba memperlihatkan gaya hidup digital yang bakal dibawa oleh mereka melalui produk baru mereka itu.

TM bakal melancarkan perkhidmatan tiga serangkai mereka yang baru itu esok, yang mana turut sama akan membawakan IPTV, panggilan suara dan juga internet berkelajuan tinggi pada satu harga yang bakal diumumkan esok. Sehingga kini, TM telah membelanjakan lebih kurang sebanyak RM1.9 billion dalam menyediakan prasarana untuk HSBB ini.

HSBB bakal dilancarkan esok bersama-sama dengan pengumuman Inisiatif Jalur Lebar Negara oleh Perdana Menteri, Najib Razak di Dataran Merdeka.

Kredit : MalaysianWireless


Gangguan Talian Internet Seluruh Dunia
Gangguan Internet Berlanjutan Sehingga 4 Januari
Maxis Membawa Masuk iPhone 3G Ke Malaysia
Pemenang Anugerah Internet DiGiWWWOW Diumumkan
Rekaan Shafawi Dipilih Untuk Baju-T Eksklusif Amanz

8 Komen

  1. Wan Perlis pada 23 Mar 2010

    moga harganya rm100. ahaha boleh ka dapat

  2. Azizuan pada 23 Mar 2010

    kirim salam la 100..haha

  3. TM = Telekom Manja pada 23 Mar 2010

    Pandai ko (TM) bermanja dengan kerajaan sehinggakan kau dapat tender yang begini besar.
    Macam kucing dengan tuannya. Semua pembida tender yang lain tutup Journal.

  4. Rashid pada 24 Mar 2010

    TM kaya raya sampai boleh taja Bola Sepak England tuu..

  5. Omar pada 24 Mar 2010

    wah..video ala-ala Microsoft Future Prediction..

  6. ABU pada 24 Mar 2010

    JANGAN STAFF MERANA DENGAN KENAIKAN GAJI KECIL & TAK DE BONUS DAH LE

  7. safar pada 25 Mar 2010

    semua perkara bakal menjadi mudah lepas ni.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader