Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini ramai yang kagum akan rekabentuk Windows 7 yang baru, ianya mungkin akan berubah sama sekali apabila Canonical mengeluarkan Ubuntu 10.04 LTS. Melaluinya, Canonical akan membawakan rekabentuk dan nafas baru kepada sistem operasi sumber terbuka yang diminati ramai ini.

Logo Ubuntu Yang Serba Baru [via]
Rekabentuk dan antaramuka yang baru ini dipanggil sebagai Light oleh Canonical, dan menariknya, ianya tidak lagi mengekalkan warna Coklat dan Jingga yang menjadi sinonim dengan Ubuntu sebelum ini. Bersama-sama dengan antaramuka desktop baru, Canonical juga turut sama akan memperkenalkan rekabentuk laman utama Ubuntu.com yang serba baru, selain logo Ubuntu baru yang turut diperkenalkan hari ini.
Buat masa ini, dua rekabentuk diperlihatkan oleh Canonical, dan masih tidak diketahui rekabentuk desktop yang manakah akan menjadi utama untuk Ubuntu 10.04 kelak. Walaubagaimanapun, kini, ianya kelihatan yang mana Ubuntu tidak lagi akan kelihatan seperti sebelumnya, dan bakal membawakan sebuah revolusi kepada sistem operasi sumber terbuka.

Tema Gelap Yang Baru Untuk Ubuntu 10.04 LTS [via]

Tema Cerah Yang Baru Untuk Ubuntu 10.04 LTS [via]
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Lawanya design. Mungkin lepas ni lebih efisien bila menggunakan Ubuntu terbaru ni. Aku nak kene beli PC baru la nampaknya kalau nak pakai Ubuntu canggih ni. PC lama aku tak dapat nak tampung.
hoh macam snow meo pn ade. cun kaler die
tak sabar menunggu ni.
skrg tengah study pasal untangle dan wmware..best2
lawa la yang baru ni.
err..apsal berita ni ada kat sini tapi takde kat linux malaya?
dah keluar ke versi 10.04 ni? aku dah malas nak download ni…dorg dah tak bg cd free la plak…ades
ko ubah jer alamat rumah kau tu, pergi register baru guna alamat rumah sedara atau alamat pejabat, settle masalah..
huhuh…. nampak macam mac nye style. Ubuntu kali nie akan diminati oleh org ramai.
Lawa plak UI Ubuntu baru ni.. Tapi bagi aku Sabayon lawa lagi.. >.<
aaah.. pengaruh mac~
mungkin sebab ramai sangat budak ubuntu geli gelimat impikan nak guna mac
sbb tu canonical tolong buat theme yang memang default nak macam mac
pasni xyah susah susah install theme mac4lin
ubuntu sekarang mcm dah hilang seri la. kalau sblm ni, warna rasmi warna koko perang. tapi yg baru ni, dah warna lain. kira versi baru la ni.
Bagus, bagus… perubahan ini diharap dapat menigkatkan lagi pengguna ubuntu di Malaysia.
boleh la tahan design ni…
wah comel ubuntu kali ni.ada apa2 ke.