06Mar

Windows 7 SP1 Beta Seawal Pertengahan April

Microsoft

Mungkin semua sudah sedia maklum yang mana Microsoft sedang giat membangunkan kemaskini untuk Windows 7, iaitu Windows 7 SP1 yang mana dijangka akan dilepaskan pada tahun ini. Menariknya, kini ianya dikatakan yang mana beta pertama untuk Service Pack 1 untuk Windows 7 bakal menemui pengguna seawal pertengahan bulan April 2010 ini.

Walaubagaimanapun, Wzor melaporkan yang mana buat masa ini, Windows 7 SP1 masih lagi pada peringkat pra-beta walaupun sudah hampir 35 kemaskini pembangunan dilakukan antara bulan Januari hingga Mac. Versi pembangunan yang paling baru adalah 7601.16518.100302-1530 yang mana memperlihatkan ianya telah dihimpunkan pada 2 Mac 2010 pada pukul 15:30.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft. Namun begitu, Wzor mengatakan yang mana beta pertama Service Pack 1 akan muncul seawal pertengahan April 2010 ini.


Windows 7 - Vista Yang Lebih Baik?
Windows 7 RC (Build 7100) Kini Di Laman Torrent
Microsoft Menjana Sehingga $444 Juta Setahun Melalui Jualan Peranti Android
Internet Explorer 10 Akan Mengintegrasikan Sokongan Kemaskini Automatik
Windows Phone Marketplace Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

10 Komen

  1. Wan Perlis pada 06 Mar 2010

    wah agak laju jugak.
    mesti mereka update security

    • Kery pada 07 Mar 2010

      betul arr…windows 7 lebih laju dari windows xp…fulamak…hehe

  2. Nikuve pada 06 Mar 2010

    Agaknya, if keluar yg SP1 ni, kita boleh updates tidak?

  3. Omar pada 06 Mar 2010

    cuak gak nak update ni..sat lagi lepas pakai SP1 terus kantoi WGA..

    • syin pada 06 Mar 2010

      hahaha….mungkin bg sesetengah penggemar pirate tegar, pasti mereka langsung tidak rungsing dengan semua ini. pasti ada jalan penyelesaian…haha…

  4. mipow3r pada 06 Mar 2010

    win 7 pun x pakai, dah kuar sp 1 .. adehhh tertinggal bas aku

  5. pr67am pada 06 Mar 2010

    Bagi yg faham..backups2 lah selalu..

  6. mohdisa pada 07 Mar 2010

    rasanya tak perlu kot aku nak mencuba sp1…takut aku…hehe

  7. xflixz pada 08 Mar 2010

    Fuh…cepat betul masa berlalu..

  8. alan pada 08 Mar 2010

    mesti best niy


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader