09Mar

Windows 7 SP1 Pada Suku Tahun Ketiga

Microsoft

Jikalau sebelum ini dikatakan yang mana Beta pertama untuk Service Pack 1 Windows 7 bakal boleh didapati mulai pertengahan April, kini beberapa ura-ura mengatakan yang mana Windows 7 SP1 akan dilepaskan oleh Microsoft sepenuhnya pada penghujung tahun 2010 ini.

TechARP memperlihatkan yang mana, berkemungkinan besar, Windows 7 SP1 bakal berada di pasaran pada bulan September ataupun Oktober, atau dengan perkataan mudah, pada suku tahun ketiga tahun 2010 ini. Microsoft seperti sedia maklum, akan melepaskan Service Pack pertama untuk sistem operasi keluaran mereka, setahun selepas pelancaran sistem operasi tersebut. Sekaligus, ini memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar Windows 7 SP1 akan berada di pasaran selewatnya bulan Oktober.

Buat masa ini masih tiada sebarang berita rasmi berkenaan dengan Windows 7 SP1 daripada pihak Microsoft.


Microsoft Mengemaskini 100 TB Data Pada Virtual Earth
Nantikan Office 2010 Beta Pada Bulan November Ini
Office 2010 Beta Di Datangkan Dalam Tiga Variasi
Windows Phone Mango Mencapai Fasa RTM
Microsoft Akan Mengedarkan Windows 8 Build 8100 Rabu Ini?

7 Komen

  1. Wan Perlis pada 09 Mar 2010

    windows 7 ultimate skrg pun dah stabil. no problem
    love windows se7en

  2. Kery pada 10 Mar 2010

    Kery macam tu jugak…lebih baik daripada windows XP…:P

  3. infoperisian pada 10 Mar 2010

    kenapa ditunda sedemikian rupa? penambah baikan yg terbaik ke…? atau….

  4. keronjin pada 10 Mar 2010

    sejak pakai win7 dah tak pandang winxp huhu

  5. safar pada 13 Mar 2010

    malas buat kerjalah ni.

  6. eddy pada 14 Mar 2010

    asal windows 7 byak game xbleh install..
    tension….
    windows xp xde problem pun..
    update windows 7 pun xleh men game..
    ape yg ptut dlakukan??????

  7. bdk_SkemA pada 14 Mar 2010

    hmm betul2…window ultimate mmg trbaik..tp window7 yg sy gunakan skrg x genuine lepas format…harap amanz.my ble tolong??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader